ALOR SETAR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka melancarkan semula program Rakan Muda selepas sambutan Aidilfitri ini.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata program yang diperkasakan semula menerusi pelbagai penambahbaikan itu adalah sebagai usaha untuk menyediakan peluang yang lebih luas kepada golongan belia.
"Rakan Muda ini memang sentiasa berjalan, tinggal lagi kita perlu jadikan ia 'flagship' kembali, jadikan program utama kerana di bawah Rakan Muda ada banyak sektor yang boleh membuka peluang dan platform kepada mana-mana individu dan pertubuhan untuk terlibat secara langsung.
"Ini juga membolehkan mereka mempunyai akses kepada lebih banyak sumber dan Jabatan Belia. Setiap Jabatan Belia negeri masih ada Pejabat Rakan Muda dan masih berjalan seperti biasa cuma kita mahu ia dijadikan wadah utama KBS semula," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan di sini, hari ini.
Beliau berkata Rakan Muda terbukti menjadi satu program yang berjaya untuk menarik ramai orang terutamanya golongan belia dan penglibatannya mampu mencapai jutaan orang.
"Itu yang KBS mahu capai tahun ini dan seterusnya akan diperbesar lagi pada tahun depan, jadi tunggu kerana program ini akan dilancarkan oleh Menteri KBS sendiri nanti," katanya.
Pada 5 Mac lepas, Adam Adli berkata program Rakan Muda akan diperkasakan semula menerusi pelbagai penambahbaikan yang meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.
Rakan Muda ialah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan pernyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023
Adam Adli menyantuni komuniti setempat sempena Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan di Alor Setar hari ini. - Bernama
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Pengisian program Rakan Muda perlu dijadikan agenda nasional - Ahmad Zahid
Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan integrasi nasional dan perpaduan kaum.
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, KBS rancang lahir lebih ramai penulis muda
Ia bagi merancang beberapa aktiviti berbentuk penulisan membabitkan golongan belia bagi melahirkan lebih ramai penulis muda.
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Jadikan usaha pemerkasaan belia sebagai agenda penting - Mohd Hairi
Belia harus diberi peranan penting dalam pembinaan negara sebagai sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang cemerlang.
Lebih 80,000 belia daftar program Rakan Muda baharu - Hannah
Inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu sejak Jun lepas, menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun setakat hari ini.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.
Rakan Muda nafas baharu perkenal Rakan Demokrasi dan Rakan Litar - Hannah Yeoh
Rakan Demokrasi dan Rakan Litar adalah dua daripada 10 gaya hidup yang diperkenal dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baharu serta dilancarkan hari ini.
Anak muda tentukan masa depan Malaysia, bukan orang tua lapuk pemikiran - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan juga memilih pendekatan berbeza dan tidak sekadar memberi nasihat atau berbentuk leteran orang tua.