Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Impact Malaysia yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ke arah pembangunan belia dan inovasi sosial.
Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, platform ini menghubungkan badan kerajaan, syarikat korporat, NGO, organisasi masyarakat sivil, perusahaan sosial dan individu, kepada belia Malaysia, supaya mampu menjalankan tanggungjawab ke arah membentuk Malaysia yang lebih baik.
"Ketika ini kita ada terlampau banyak program sukarelawan malah ada banyak kementerian mempunyai program yang sama dan akhirnya menjuruskan kepada pertindihan matlamat sekali gus membuatkan mereka bersaing sesama sendiri.
"Tetapi Impact Malaysia ini lain, ia merupakan kombinasi semua pihak, membuka pintu kepada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, perusahaan malah individu untuk melakukan inovasi sosial melalui teknologi terkini yang boleh digarapkan.
Melalui inovasi sosial ia sekali gus mencari permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat kemudiannya menyelesaikannya melalui teknologi yang akan dibawakan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Impact Malaysia di Puchong, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia Ahmed Faris Amir berkata terdapat tiga strategi program yang telah dirangka iaitu Impak melalui teknologi (ITT), Impak melalui komuniti (ITC) dan Impak melalui perniagaan (ITB) yang membolehkan interaksi kerjasama antara pelbagai pihak yang berkepentingan melalui semua program.
"Ketika ini kita telah mempunyai dua projek perintis di bawah ITT iaitu membawa teknologi penapis air di Sungai Buloh, Selangor dan teknologi lampu menggunapakai tenaga solar di Sungai Koyan, Pahang.
"Kita akan membawa mereka yang boleh memberikan teknologi kepada masyarakat dengan kos yang lebih efektif. Ini akan membolehkan belia menyumbang kemahiran yang mereka ada kepada komuniti setempat.
" ITB pula memudahkan proses untuk syarikat korporat dan perniagaan untuk menyertai arena perubahan sosial. ITC memberdayakan lebih banyak projek impak sosial yang diterajui oleh belia, dengan sokongan daripada rakan-rakan kongsi di dalam ekosistem ini," jelas beliau.
Afiezy Azaman
Fri Apr 19 2019
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merasmikan pelancaran Impact Malaysia di Puchong.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Sharifah Amani umum kehamilan
Pelakon filem Sepet itu hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan CEO Impact Integrated, Ahmed Faris Amir pada 10 September 2022.
Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
KBS peruntuk RM10 juta kepada inisiatif Impact Malaysia
Platform Impact Malaysia menghubungkan pelbagai pihak berkepentingan ke arah pembentukan negara yang lebih baik.