awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS sahkan berita tular tiga pemain futsal dipanah petir

Bernama
Bernama
13/10/2018
12:12 MYT
KBS sahkan berita tular tiga pemain futsal dipanah petir
Ketiga-tima mangsa kini menerima rawatan kecemasan di HUKM. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan laporan berita yang tular mengenai tiga peserta futsal Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) dipanah petir petang tadi.
"Seperti yang tular di beberapa laman sosial, KBS dengan ini mengesahkan tiga peserta futsal LiSUS peringkat kebangsaan dipanah petir sekitar 4.30 petang di Padang MSN (Majlis Sukan Negara), Bukit Jalil," kata Unit Komunikasi Korporat KBS dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan kini sedang menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan.
KENYATAAN MEDIA Berhubung Insiden Peserta Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Yang Dipanah Petir Seperti yg tular di beberapa laman sosial, KBS dgn ini mengesahkan 3 orang peserta futsal LiSUS Peringkat Kebangsaan telah dipanah petir sekitar jam 4.30 ptg di Padang MSN Bukit Jalil.
— KBS (@KBSMalaysia) October 13, 2018
KBS menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah keutamaan mereka dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dengan segera.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui entri di laman Twitter miliknya berkata beliau mengambil maklum tentang insiden tersebut.
"Saya mengambil maklum tentang kejadian peserta LiSUS yang dipanah petir pada 4.30 petang tadi di Padang MSN Bukit Jalil. Ketiga-tiga pemain dihantar ke HUKM untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#LiSUS
#Majlis Sukan Negara
#panah petir
#pemain futsal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan