PENAMPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Menterinya Hannah Yeoh berkata program secara percuma itu menyasarkan 7,680 kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40, Orang Kurang Upaya (OKU) berusia enam hingga 15 tahun dengan 600 peserta, dan warga emas 60 hingga 75 tahun seramai 600 peserta.
"Saya berharap program ini akan menjadi popular, jika ada banyak permintaan kita akan minta Ahli-Ahli Parlimen bantu bersama-sama untuk menjayakan program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KLAS Renang di sini hari ini.
Hannah berkata pada tahun ini, KBS lebih memberi fokus kepada warga emas bagi membolehkan golongan itu kekal cergas dan aktif selain mempelajari kemahiran baharu bagi mereka.
Pendaftaran KLAS Renang Fasa Satu kini dibuka bermula bulan ini hingga Jun depan dan program akan diadakan di 222 lokasi yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Dalam pada itu, Hannah berkata kementeriannya juga sedang berbincang bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang mempunyai kolam renang untuk dibaiki bagi kegunaan awam.
Beliau berkata ia penting kerana sebelum ini terdapat beberapa kolam renang ditutup kerana faktor kos operasi yang tinggi.
Sementara itu, peserta KLAS Renang, Lee Kok Fui, 57, berkata dia berminat menyertai aktiviti itu kerana latihan renang mampu memberi manfaat kepada kesihatan.
Lee berkata apabila mengetahui tentang program itu, dia cuba untuk memohon dan mendaftar meskipun hanya mengetahui asas berenang.
"Sikit-sikit sahaja, tiada guru ajar. Saya harap saya boleh mahir berenang dan lebih sihat lagi," katanya yang berasal dari Penampang.
Janet Tye, 69, pula mengetahui program KLAS daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Luyang yang disertainya sebelum mendaftar menyertainya.
Tye berharap selepas menyertai KLAS Renang selama enam sesi itu, dia dapat mempelajari kaedah dan kemahiran berenang sekali gus mampu menyelamatkan diri dalam keadaan yang diperlukan.
"Belum terlambat untuk belajar (berenang), saya berusia 69 tahun. Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Hannah Yeoh, yang merealisasikannya untuk kami terutama warga emas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Hannah berkata pada tahun ini, KBS lebih memberi fokus kepada warga emas bagi membolehkan golongan itu kekal cergas dan aktif selain mempelajari kemahiran baharu bagi mereka. - Gambar fail
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.