MALAYSIA
KDN bentang RUU baharu tahun depan, pastikan kelancaran RTS Link JB-Singapura

Saifuddin (foto) berkata pendekatan ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia ditempatkan di Singapura dan pegawai Imigresen Singapura turut bertugas di Malaysia. -Foto Astro AWANI
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen pada Februari tahun depan bagi memastikan kelancaran operasi Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru - Singapura.
Ringkasan AI
- KDN akan membentangkan Rang Undang-Undang baharu di Parlimen pada Februari 2026 bagi menyelaras sistem kawalan sempadan bersama (co-located) untuk RTS Link Johor BahruSingapura.
- Undang-undang ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia dan Singapura bertugas di negara masing-masing, menggantikan keperluan meminda 37 Akta sedia ada.
- Percubaan operasi RTS Link dijadual hujung 2026, sebelum beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.
Tambah Saifuddin, pendekatan ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia ditempatkan di Singapura dan pegawai Imigresen Singapura turut bertugas di Malaysia.
Menurutnya, percubaan operasi atau dry run akan dijalankan pada hujung tahun depan, sebelum projek itu beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.
Beliau menjelaskan langkah merangka undang-undang baharu ini lebih praktikal berbanding meminda 37 Akta Sedia Ada berkaitan dengan kawalan sempadan dan imigresen.
RTS Link dijadual beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027 dan pembentangan undang-undang baharu itu menjadi syarat utama sebelum operasi penuh dapat dilaksanakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami