awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan petani bantah perjanjian Mercosur di hadapan Parlimen EU
'Bodoh macam lembu'? Mungkin tidak, menurut kajian
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN bentang RUU baharu tahun depan, pastikan kelancaran RTS Link JB-Singapura

Faida Rahim
Faida Rahim
26/08/2025
06:40 MYT
KDN bentang RUU baharu tahun depan, pastikan kelancaran RTS Link JB-Singapura
Saifuddin (foto) berkata pendekatan ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia ditempatkan di Singapura dan pegawai Imigresen Singapura turut bertugas di Malaysia. -Foto Astro AWANI
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen pada Februari tahun depan bagi memastikan kelancaran operasi Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru - Singapura.

Ringkasan AI
  • KDN akan membentangkan Rang Undang-Undang baharu di Parlimen pada Februari 2026 bagi menyelaras sistem kawalan sempadan bersama (co-located) untuk RTS Link Johor BahruSingapura.
  • Undang-undang ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia dan Singapura bertugas di negara masing-masing, menggantikan keperluan meminda 37 Akta sedia ada.
  • Percubaan operasi RTS Link dijadual hujung 2026, sebelum beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, undang-undang baharu itu diperlukan bagi menyelaras pelaksanaan sistem kawalan sempadan bersama atau co-located yang dipersetujui Malaysia dan Singapura.
“Kita akan bentangkan satu rang undang-undang baharu, kami cuma ada window (ruang) sehingga Februari tahun depan, sidang Parlimen pada Februari,” katanya.
Tambah Saifuddin, pendekatan ini membolehkan pegawai Imigresen Malaysia ditempatkan di Singapura dan pegawai Imigresen Singapura turut bertugas di Malaysia.
Menurutnya, percubaan operasi atau dry run akan dijalankan pada hujung tahun depan, sebelum projek itu beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027.
Beliau menjelaskan langkah merangka undang-undang baharu ini lebih praktikal berbanding meminda 37 Akta Sedia Ada berkaitan dengan kawalan sempadan dan imigresen.
RTS Link dijadual beroperasi sepenuhnya pada Januari 2027 dan pembentangan undang-undang baharu itu menjadi syarat utama sebelum operasi penuh dapat dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#KDN
#Saifuddin Nasution
#RUU
#RTS Link Johor Bahru Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan