awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN gesa pembanterasan daun ketum

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2014
00:00 MYT
KDN gesa pembanterasan daun ketum
“Wujudkan masyarakat Malaysia bebas dari dadah”
Demikian tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengesa semua pihak bergerak ke arah pembanterasan isu penyalahgunaan dadah serta daun ketum yang semakin serius.
Beliau menyarankan agar tanaman alternatif yang boleh diproses serta menjana pendapatan dalam masa yang singkat dilaksanakan bagi menangani masalah ladang ketum yang diusahakan secara berleluasa khususnya di Kedah.
Tambah beliau, masalah yang dihadapi adalah sukar untuk mengesan pemilik ladang ketum sekaligus menyukarkan usaha mengekang masalah penyalahgunaan ketum.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program ramah mesra bersama komuniti Kubang Pasu di Taman Mahsuri.
Menurutnya antara kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menghalang orang ramai menanam pokok ketum ialah dengan menyarankan supaya mereka menanam tanaman lain yang dapat menjana pendapatan lebih lumayan.
"Untuk menggantikan penanaman daun ketum, saya cadangkan peladang tanam pokok Silva iaitu sejenis daun yang boleh digantikan menjadi gula. Dengan cara ini peladang boleh dapat pulangan untung dengan cepat," kata Wan Junaidi.
Mengenai undang-undang bagi menghalang penanaman ketum, beliau berkata pokok berkenaan sukar dihapuskan begitu sahaja, namun pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan akan cuba mencari mekanisme terbaik dalam menangani isu berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu sepanjang tahun lalu, Program Caring Community House (CCH) yang diwujudkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan menerima 117,588 pelanggan yang tampil menyertainya secara sukarela.
Sementara itu, peserta program yang ditemui turut menyokong penuh usaha AADK dalam mewujudkan CCH atau rumah komuniti dalam membanteras isu penagihan dadah.
Topic Berkaitan
#Dadah
#daun ketum
#Kementerian Dalam Negeri
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan