awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
03/11/2013
03:10 MYT
KDN jawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim menjelaskan tindakan KDN membatalkan lesen syarikat keselamatan di Perak baru-baru ini adalah sebagai iktibar dan amaran untuk syarikat keselamatan yang lain.
Alwi berkata demikian dalam kenyataan media bagi menjawab isu 247 pengawal keselamatan hilang kerja berikutan lesen majikan mereka dibatalkan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.
"Tindakan ini menunjukkan KDN tidak akan berkompromi sekiranya ada syarikat keselamatan yang gagal mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan" katanya lagi.
Alwi berkata sejak kebelakangan ini, terdapat kejadian atau insiden buruk berlaku akibat daripada kegagalan syarikat kawalan keselamatan mematuhi undang-undang, syarat serta peraturan yang ditetapkan.
“Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan KDN bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku lagi”
Alwi melihat kejadian atau insiden buruk seumpama itu boleh memberi gambaran negatif terhadap penyeliaan dan penguatkuasaan KDN terhadap syarikat kawalan keselamatan di negara ini.
“Maka tindakan sewajarnya akan diambil termasuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat” ujar Alwi.
Alwi juga mengingatkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan dengan mengambil mudah sehingga terlupa matlamat penubuhan syarikat.
Sebelum ini, dalam satu laporan oleh berita tempatan seramai 247 pengawal keselamatan di Ipoh menerima notis pembekuan kerja berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh KDN berkuat kuasa, 1 Nov.
KDN adalah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada semua syarikat kawalan keselamatan.
Topic Berkaitan
#Datuk Alwi Ibrahim
#Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan