awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2024
03:20 MYT
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksana kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksana kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyelidikan menyeluruh akan dilakukan dengan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak.
Beliau berkata, penyelidikan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai negara di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura yang telah memperkenalkan tempoh sah laku sehingga 10 tahun untuk pasport mereka.
"Saya percaya kita boleh mendapatkan maklumat daripada tinjauan dan membuat keputusan dasar mengenai keperluan lima tahun hingga 10 tahun.
“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada aspek penyelidikan terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan pejabat pasport baharu di Skyfunnel Zone Shaftsbury Tower, di sini, hari ini.
Pasport Malaysia ialah pasport yang dikeluarkan bagi rakyat Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
Pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan, bagaimanapun hanya sah untuk maksimum sehingga lima tahun sahaja bagi masuk dan keluar dari Malaysia serta perkara yang berkaitan terletak di bawah Akta Pasport 1966.
KDN kaji panjang sah laku pasport sehingga 10 tahun
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Imigresen
#Saifuddin Nasution
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan