awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 32 Dis 2026
PM Anwar bidas pengkritik peranan Malaysia selesaikan konflik Thailand-Kemboja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN pantau rapi kelulusan MyTravelPass - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
13:41 MYT
KDN pantau rapi kelulusan MyTravelPass - Hamzah
Hamzah ketika sidang media selepas sesi tinjauan mesra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dalam memberikan kelulusan MyTravelPass bagi menghalang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, menjadi keperluan kepada kerajaan untuk memantau jumlah ketibaan dan pelepasan warga Malaysia dan warga asing terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Permohonan MyTravelPass warganegara Malaysia yang diluluskan ialah 38,315 manakala ditolak permohonan ialah sebanyak 12,767," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen (JIM) memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam mengawal pergerakan keluar masuk ke dalam negara.
Beliau berkata, terdapat 111 pintu masuk negara yang aktif dan diwartakan di seluruh negara, terdiri daripada 54 pintu masuk laut, 29 pintu masuk udara dan 28 pintu masuk darat.
“Terkini, seramai 944,614 warganegara Malaysia yang kembali ke tanah air. Seramai 240,406 warganegara asing yang masuk ke negara kita,” katanya.
Sementara itu, bagi lawatan sosial dan PR, Hamzah berkata JIM meluluskan 9,563 permohonan dan menolak 16,310 permohonan.
“Bagi ekspatriat, daripada jumlah keseluruhan 64,134 permohonan, kita luluskan 44,104 dan menolak 20,030.
“Pekerja asing dan pembantu rumah asing yang kita terima permohonan secara keseluruhan iaitu sebanyak 32,627, kita hanya boleh meluluskan 9,431 dan menolak 23,196 lagi permohonan,” katanya.
Hamzah menambah, dasar kawalan sempadan melalui sekatan kemasukan warga asing berjaya menghalang penularan kes import.
“Justeru bagi menyekat COVID-19 yang diimport daripada negara yang berpotensi tinggi, kerajaan telah melaksana sekatan terhadap 23 negara berisiko tinggi.
“Bermula 28 April lalu, JIM telah mengeluarkan arahan sekatan penuh ke atas warganegara India termasuk penerbangan dari negara itu dalam mengawal penularan Varian of Concern atau VOC di negara ini,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#COVID-19
#Menteri Dalam Negeri
#Hamzah Zainuddin
#laut
#udara
#darat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#SOP
#KLIA
#MyTravelPass
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan