awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN sedang muktamad sempadan baharu Malaysia-Indonesia - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
18/02/2023
10:05 MYT
KDN sedang muktamad sempadan baharu Malaysia-Indonesia - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata sempadan baharu antara perkara dibincangkan Malaysia dan Indonesia menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA). - Gambar fail
TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang terlibat dalam memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu negara itu di Kalimantan Timur.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sempadan baharu antara perkara dibincangkan Malaysia dan Indonesia menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA).
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah selesai berada di Indonesia, kita akan ada sempadan baharu dengan Nusantara.
"KDN sekarang ikut terlibat dalam memuktamadkan CBA yang kami harap akan dapat dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Pada sesi lawatan tersebut, beliau turut mengambil peluang melihat kawalan keselamatan di sepanjang Sungai Golok, yang bersempadan dengan Thailand.
Saifuddin Nasution berkata terdapat tiga komponen akan dimuktamadkan dalam mengenal pasti pintu masuk baharu itu.
"Ada tiga komponen iaitu mengenal pasti titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia) dan sebelah Indonesia, berapa luas kawasan yang akan kita liputi melalui perjanjian itu dan kategori penduduk (berhampiran pintu masuk).
"Dari segi perundingan mengikut jadual, kalau nanti tentatifnya berlaku lawatan rasmi Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) ke Malaysia pada tahun ini antara komponen penting adalah menandatangani perjanjian tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#sempadan baharu
#Indonesia
#nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan