awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
25/01/2014
00:00 MYT
KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM - Ahmad Zahid
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati daripada Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin (kiri) pada majlis perasmian Program "Rasulullah In My Heart". --fotoBERNAMA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.
Beliau berkata mereka akan ditempatkan di JAKIM namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.
"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
"Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan Mahkamah...penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival 'Rasul in My Heart' dan melancarkan projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Telaga Biru Sdn Bhd di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Jumaat malam.
Turut hadir perintis projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida Tan Sri Hassan Azhari, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed.
Karnival tiga hari itu berkonsepkan dakwah, tarbiyah dan tijarah (perniagaan) di perkarangan masjid berkenaan.
Ahmad Zahid berkata umat Islam di Malaysia harus mengetepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan Islam.
Beliau juga menjelaskan bahawa Perkara 10 yang dipersetujui Kerajaan Pusat bagi membenarkan import, penggunaan dan pencetakan Bible versi bahasa Melayu di negara ini, bukanlah Perlembagaan sebaliknya terikat sebagai undang-undang sesebuah negeri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Comango
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Kalimah Allah
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kristian
#Rasul in My Heart
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan