PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga penerbitan bertajuk Chelsia Amanda (Berdasarkan Kisah Benar), Heartstopper Volume 2 dan Cekik mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu masing-masing dikeluarkan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 328, P.U.(A) 329 dan P.U.(A) 330 bertarikh 12 Oktober 2022.
Menurutnya perintah itu menetapkan sebarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan," katanya.
Menurut KDN kandungan penerbitan Chelsia Amanda (Berdasarkan Kisah Benar) memuatkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang bertentangan nilai-nilai budaya serta norma hidup masyarakat Malaysia yang amat menitikberatkan kesopanan.
Kandungan penerbitan bertajuk Heartstopper Volume 2 dan Cekik pula dilihat cuba mempromosikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta berunsur lucah yang melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.
KDN berkata amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat di negara ini.
Menurutnya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya hasil penerbitan larangan.
Mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta 301.
Orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih diedarkan di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN sama ada di talian 03-88868047, faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan. - Gambar hiasan
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Meta akan tamatkan CrowdTangle pada Ogos 2024
Sebuah ciri baharu dinamakan Meta Content Library akan ditawarkan, tetapi lebih menyasarkan pengguna akademik dan pengkaji sahaja.
Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu.
KDN warta perintah larangan terhadap tiga penerbitan
KDN berkata amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat di negara ini.
"Luluskan kawasan tertentu di bandar, di kampung untuk penggambaran filem"
Kerajaan dipohon membenarkan kawasan tertentu yang sesuai di pelbagai tempat dan daerah sebagai lokasi penggambaran filem.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
Utusan tidak boleh harapkan simpati semata-mata - Johan Jaaffar
Johan berpendapat penyusunan semula secara menyeluruh pengurusan dan pasukan pengarang boleh membantu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Utusan.
Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.
New Zealand larang penggunaan senjata api separa automatik, rifel
Kabinet bersetuju mengkaji semula undang-undang mengenai senjata api pada Isnin, 72 jam selepas serangan keganasan mengerikan di Christchurch.
KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.
KDN warta perintah larangan terhadap 18 penerbitan
KDN mewartakan perintah larangan terhadap 18 penerbitan kerana ada kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam.