awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK, keyakinan pelabur faktor penentu ekonomi negara - PM Najib

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2017
04:44 MYT
KDNK, keyakinan pelabur faktor penentu ekonomi negara - PM Najib
PM NAJIB: Menurut laporan PwC, Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada tahun 2050. -Gambar fail
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan juga keyakinan pelabur asing ke atas keteguhan ekonomi menjadi antara faktor yang menentukan ekonomi sesebuah negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menurut laporan daripada firma audit antarabangsa PwC, Malaysia akan tersenarai sebagai kuasa ekonomi ke-24 terbesar di dunia pada tahun 2050.
"Hasil kajian ini berdasarkan peningkatan KDNK dan keyakinan pelabur asing ke atas ekonomi negara
"Sekiranya pencapaian ini menjadi kenyataan, impian kita untuk menjadi negara maju bukan angan-angan atau bualan kosong sahaja.
"KDNK Malaysia pada suku pertama melangkaui jangkaan pakar ekonomi iaitu 5.6 peratus dan sekali lagi meningkat pada suku kedua pada paras 5.8 peratus," katanya dalam mesej radio terbaharunya, di sini, hari ini.
Jelasnya, paras KDNK itu lebih tinggi daripada tahun lepas pada suku yang pertama iaitu empat peratus.
"Pencapaian semua ini secara langsung menguntungkan rakyat kerana hasil ekonomi kita yang semakin kukuh ini membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat seperti membina lebih banyak hospital dan klinik, memberi bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan sebagainya.
"Peningkatan ekonomi sesebuah negara tidak berlaku dalam sehari atau dalam tempoh yang singkat. Ia mengambil masa yang panjang dan perancangan yang teliti," ujarnya.
Namun tegas Datuk Seri Najib, ia boleh dimusnahkan dalam sekelip masa.
"Janganlah kita melibatkan diri dengan unsur atau pihak yang cuba meruntuhkan apa yang kita telah bina selama ini kerana inilah tanah air," katanya.
Topic Berkaitan
#firma audit antarabangsa
#Hospital
#KDNK
#Najib Razak
#PWC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan