awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
14/02/2025
04:15 MYT
KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Mohd Uzir (foto) berkata pertumbuhan ekonomi ini dipacu oleh momentum positif dalam semua sektor utama, kecuali pertanian dan perlombongan & pengkuarian yang mengalami sedikit penyusutan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun 2024, berbanding 3.6 peratus pada tahun 2023.

Ringkasan AI
  • Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1% pada tahun 2024, meningkat daripada 3.6% pada tahun 2023, didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.
  • Sektor perkhidmatan, pembuatan, dan pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan, masing-masing mencatat pertumbuhan 5.4%, 4.2%, dan 17.5%. Pelaburan juga mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 12.0%, tertinggi dalam tempoh 12 tahun.
  • Eksport Malaysia meningkat sebanyak 8.5%, mencerminkan pemulihan permintaan luar. Prestasi ekonomi Malaysia juga lebih baik berbanding beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan ekonomi ini dipacu oleh momentum positif dalam semua sektor utama, kecuali pertanian dan perlombongan & pengkuarian yang mengalami sedikit penyusutan.
"Pelaburan mencatat pertumbuhan dua digit iaitu 12.0 peratus, tertinggi dalam tempoh 12 tahun, menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap prospek ekonomi negara.
"Sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama ekonomi dengan pertumbuhan 5.4 peratus, diikuti pembuatan (4.2 peratus), dan pembinaan (17.5 peratus).
"Pada masa yang sama, eksport Malaysia meningkat 8.5 peratus, mencerminkan pemulihan permintaan luar," katanya.
Malaysia juga mencatat prestasi lebih baik berbanding beberapa rakan serantau seperti Singapura (4.0 peratus) dan Indonesia (5.0 peratus).
Bagi 2025, ekonomi negara dijangka terus kukuh dengan sokongan daripada pasaran buruh yang stabil, pelaksanaan projek pelaburan utama, dan peningkatan eksport dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).
Topic Berkaitan
#KDNK
#Mohd Uzir Mahidin
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#peningkatan pelaburan
#pemulihan permintaan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan