1. TERIMA kasih saya ucapkan kepada Alumni Chevening Malaysia kerana mengundang saya sekali lagi. Di kesempatan ini, saya ingin membawa kita untuk merenung dan berwacana tentang isu yang sedikit mengeluarkan kita dari zona nyaman, iaitu “Ke Arah Malaysia Yang Lebih Baik”, satu isu yang sangat dekat di hati saya dan saya berharap ia juga turut dikongsi oleh kita semua.
2. Untuk makluman semua, terutamanya kepada mereka yang belum mengetahui tentang latar belakang perjalanan kerjaya saya, secara ringkas: Saya telah memulakan kerjaya di CIMB pada tahun 1989, iaitu sebaik sahaja saya menamatkan pengajian sarjana muda dan sarjana di United Kingdom. Saya telah dilantik sebagai CEO Kumpulan CIMB pada 1999-2014 yang mana pada ketika itu CIMB sedang berkembang dengan pesatnya dari sekadar bank perdagangan tempatan sehingga menjadi salah satu dari bank yang terkenal di rantau ASEAN dan kemudian saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi CIMB pada tahun 2014-2018. Saya juga pernah dilantik sebagai salah seorang ahli di dalam Panel Pelaburan KWSP selama 12 tahun dan Ahli Lembaga Pengarah KHAZANAH selama 4 tahun serta telah dipilih sebagai Felo Chevening di Oxford Centre for Islamic Studies selama 9 bulan. Pada tahun 2018 saya telah berkhidmat sebagai Pengasas dan Pengerusi Ikhlas Capital, sebuah firma ekuiti persendirian ASEAN. Pada 2019, saya juga telah dipertanggungjawabkan sebagai Felo Tamu di Blavatnik School of Government di Universiti Oxford di mana saya menfokuskan penelitian saya kepada isu Pemetaan Semula Bangsa yang melihat kepada pra-syarat reformasi sistematik di Indonesia pasca Krisis Kewangan Asia, Malaysia pasca 13 Mei dan yang seumpanya. Berdasarkan pengalaman dan perjalanan kerjaya saya, boleh dikatakan saya bernasib baik kerana berada di panggung utama untuk menyaksikan sendiri secara langsung perjalanan ekonomi Malaysia selama hampir 30 tahun.
3. Seringkali saya ditanya tentang ekonomi Malaysia, saya secara sinis sering mengatakan bahawa kita tidak punyai ekonomi, yang kita miliki cuma ekonomi politik. Sewaktu di peringkat ijazah sarjana muda, saya mengambil jurusan berkembar Ekonomi dan Politik, tidak pernah saya bayangkan ketersalingkaitan di antara kedua-dua bidang ini di Malaysia. Sistem ekonomi kita yang dikatakan sarat dengan unsur ekonomi terancang dengan kawalan pemerintah, pada masa yang sama turut diposisikan sebagai kapitalis sistem pasaran bebas. Menurut saya, ini adalah sesuatu yang keliru dan berbahaya, kerana kita sedang berpura-pura untuk menjadi sesuatu yang pada hakikatnya bukan diri kita.
4. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia. Ini boleh dilihat dari kesinambungan amalan perlesenan dan kuota yang mula dipraktikkan sejak dari zaman British lagi, agensi-agensi pembangunan yang ditubuhkan oleh kerajaan dan peraturan-peraturan yang melibatkan tindakan afirmatif pada tahun 1970’an sehingga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC yang membentuk sekitar 40% daripada jumlah keseluruhan modal pasaran di Bursa dan pelaburan kerajaan yang mendominasi pasaran modal. Bahkan amalan politik wang yang berleluasa turut mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan yang memberikan impak kepada peraturan, polisi, perolehan serta halatuju dan tindakan GLC.
5. Ia memerlukan pengalaman berada di barisan hadapan dan dalam masa yang lain sedikit penjarakkan daripadanya untuk kita memahami sepenuhnya dan menyaksikan betapa banyak penyelewengan dan kerosakkan yang telah terjadi. Saya pernah berhadapan dengan situasi paling sukar sepanjang kerjaya saya di CIMB, saya percaya saya masih mempunyai kompas moral dalam setiap tindakan saya tetapi dalam masa yang sama saya masih lagi salah seorang pemain di dalam sistem. Ada ketikanya, sewaktu berhadapan dengan sesuatu yang tidak bermoral, saya akan membantah dan menunjukkan ketidaksetujuan saya, tetapi saya lebih sering menyatakan itu bukan urusan saya. Kebanyakan daripada kita yang berada di dalam sistem akan bertindak sedemikian, dan sewaktu saya mula bersuara untuk menyatakan ketidaksetujuan saya terhadap penyelewengan 1MDB dan Felda, tekanan untuk mendiamkan saya sangat kuat. Terdapat banyak cerita yang tidak mungkin dapat saya kongsikan di sini, tetapi memadai untuk saya nyatakan pemusatan kuasa yang melampau kepada Pejabat Perdana Menteri serta ketidaktelusan dan pengabaian sistem semak imbang yang berkesan terhadap pembuat keputusan telah mengakibatkan kerosakan sistematik dan pengabaian fungsi kerajaan.
6. Saya ingin berkongsi sebahagaian daripada simptom-simptom pengabaian fungsi kerajaan berdasarkan pengalaman saya sendiri : -
a. 1MDB adalah manefestasi kegagalan yang paling ketara. Dana pelaburan milik negara dengan sokongan kerajaan telah digunakan untuk mengumpul jutaan dolar yang digunakan untuk projek-projek pembangunan serta pendanaan politik dan dalam masa yang sama terdapat ketirisan dana yang digunakan untuk tujuan penyelewengan.
b. Skandal kewangan moden pertama yang berlaku di awal 1980’an adalah skandal BMF yang menyaksikan anak syarikat Bank Bumiputera telah memberikan pinjaman bernilai bilionan ringgit kepada pemaju hartanah Hong Kong tanpa sebarang kolateral dan kelulusan yang mana sebahagaian besar jumlah wang tersebut telah diselewangkan; dan dipercayai ianya untuk pendanaan aktiviti politik di Malaysia.
c. Terdapat juga banyak urusniaga-urusniaga kecil yang sekiranya dihimpunkan boleh mececah jumlah yang besar. Di awal 1990’an, sewaktu saya masih lagi seorang pegawai muda di CIMB yang ditugaskan untuk IPO bagi penyenaraian syarikat-syarikat di bursa saham. Boleh dikatakan setiap kes yang melibatkan peruntukan saham khas kepada bumiputra adalah atas alasan Dasar Ekonomi Baru. Tetapi malangnya, tidak terdapat proses yang jelas dan konsisten untuk menentukan siapa yang layak mendapatkan saham-saham tersebut (yang pada ketika itu sangat mewah memandangkan harga IPO pada waktu itu dikawal oleh kerajaan dan direndahkan untuk memastikan pembeli mendapatkan keuntungan yang lumayan). Pada kebiasaannya hanya mereka yang mempunyai kaitan dan kepentingan politik yang mempunyai akses kepada saham-saham tersebut; oleh yang demikian pembahagian kekayaan yang sepatutnya diberikan kepada golongan bumiputra yang memerlukan tidak terlaksana. Sebaliknya wang yang banyak hanya berputar di kalangan mereka yang akrab dengan ahli politik.
d. Pada pertengahan 1980’an satu model untuk melahirkan lebih ramai jutawan bumiputra diperkenalkan atas nama DEB di mana kerajaan akan memberikan bantuan kepada individu yang dipilih secara politik untuk menjadi ahli perniagaan. Bantuan yang diberikan kerajaan termasuklah pinjaman terus oleh bank dengan syarat pinjaman yang dilonggarkan. Modal ini telah berkembang dengan pesat apabila sejumlah besar modal asing dilaburkan di dalam pasaran saham kita di awal 1990’an; dan selanjutnya telah mengalami kerugian berikutan Krisis Kewangan Asia. Sesuatu yang perlu digarisbawahi, kenapa kita masih berfikir para ahli politik boleh memilih siapa ahli perniagaan yang baik? Kenapa kita masih lagi beranggapan mereka yang rapat dengan ahli politik dan mempunyai akses modal dan pinjaman boleh membina empayar perniagaan yang berjaya? Tidak sedikit, syarikat-syarikat tersebut yang terpaksa berhutang dan menerima bantuan kerajaan melalui proses nasionalisasi dan kebanyakkannya menjadi GLC yang ada pada hari ini. Dominasi kerajaan di dalam ekonomi tidak berubah setelah Krisis Kewangan Asia. Pertalian korporat di antara kerajaan perniagaan-perniagaan utama masih tidak berubah. Cuma bezanya individu-individu yang awalnya telah dipilih oleh para ahli politik kini digantikan dengan teknokrat dan pengurus-pengurus professional. Tetapi pada akhirnya mereka juga bertanggungjawab kepada ahli politik yang telah melantik mereka.
7. Saya tidak berniat untuk mengkritik sistem yang telah diletakkan berikutan tragedi hitam 13 May 1969. Saya merasakan kewajaran perubahan sistem yang berlaku – penglibatan kerajaan yang lebih aktif dalam ekonomi, tindakan afirmatif kepada bumiputra, pindaan terhadap undang-undang hasutan, Rukun Negara dan pembentukkan gabungan parti-parti (Barisan Nasional) yang mentadbir urus negara. Mereka juga telah menyebabkan kita boleh menikmati keamanan, kestabilan, perkembangan ekonomi yang memberangsangkan dengan pertumbuhan ekuiti dan pembasmian kemiskinan.
8. Para penggubal sistem yang baru, walaubagaimanapun telah mengakui bahawa terdapat kekurangan terhadap sistem sedia ada sistem tersebut hendaklah sentiasa dikaji dari masa ke semasa. Sebagai contoh di dalam kes DEB, para penggubal dasar telah meletakkan jangka waktu selama 20 tahun untuk membasmi kemiskinan dan memperbaiki permasalahan jurang ekonomi antara kaum yang dilihat sebagai prasyarat kemunculan sebuah bangsa Malaysia.
9. Kini sudah 50 tahun dan sistem yang digubal pada tahun 1970 tersebut masih berfungsi seperti biasa, dengan penguasaan pihak yang berkepentingan yang mana bangsa dan agama tidak jarang dijadikan alasan untuk membela sistem yang sedia ada serta norma yang mungkin merupakan sebahagian daripada kompromi sosial atau korupsi. Tun Razak dan Tun Dr Ismail, yang merupakan penggubal utama sistem yang ada pada hari ini menyedari akan risiko penyalahgunaan sistem, tetap meletakkan kepercayaan kepada individu yang didorong oleh semangat kebangsaan yang tinggi tetapi lupa untuk memberikan apa-apa bentuk perlindungan yang cukup terhadap sistem yang sedia ada. Sebenarnya, bibit-bibit korupsi sudah mula kelihatan sejak dari awal, tetapi semakin parah pada tahun 1980 setelah menyaksikan persaingan untuk merebut kedudukan politik dan harta di dalam UMNO dan BN lebih diutamakan berbanding upaya untuk pembangunan bangsa.
10. Sistem yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan tujuan dan matlamat asalnya dan Malaysia pada ketika ini sangat memerlukan sebuah ‘system reset’. Saya tidak akan berbahas panjang dan menyerahkan kepada para sejarawan untuk mewacanakan tentang bila dan bagaimana sistem yang sedia ada ini mula mengalami kemunduran dan kemerosotan. Tetapi semenjak Krisis Kewangan Asia pada penghujung 1990’an kita telah mengalami kemerosotan ekonomi, perhubungan antara komuniti yang semakin menjauh, kehilangan bakat terbaik dikalangan anak bangsa dan kita telah jauh ketinggalan berbanding negara-negara baru yang sedang membangun seperti Indonesia dan Vietnam dari segi FDI. Revolusi Industri ke-4 akan memberikan dampak yang negatif kepada sistem ekonomi yang tidak memanfaatkan bakat terbaik yang mereka miliki, gagal dalam perjuangan menarik pelaburan yang berkualiti serta lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan jawatan. Di mana ia akan mengekang perkembangan inovasi dan keusahawanan.
11. Sewaktu PH berkuasa pada tahun 2018, ramai termasuk saya sendiri meletakkan harapan bahawa mereka akan melaksanakan agenda reformasi sebagaimana yang tekah dinyatakan di dalam manifesto mereka. Tetapi, sayangnya sepanjang berada di tampuk pemerintahan, terlalu sedikit yang telah mereka lakukan, mereka telah gagal untuk melaksanakan pengiktirafan UEC, atau menandatangani Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum; yang mana kedua-duanya adalah inisiatif reformasi yang telah dijanjikan yang menurut saya tidak terlalu berisiko. Sementelahan kejatuhan penguasaan BN diraikan sebagai kejayaan demokrasi, masih terlalu awal pada waktu itu untuk menjangkakan, sebuah demokrasi yang lebih stabil akan muncul. Para pengkaji politik di antara kita mungkin boleh menunjukkan kajian-kajian akademik tentang masyarakat majmuk yang menyatakan sebaliknya. Ternyata, kejatuhan PH selepas hanya 22 bulan berkuasa dan ketidakstabilan PN sebagai penggantinya merupakan tanda-tanda awal yang mengecewakan. Saya, secara peribadi merasakan, pengalaman PH mengukuhkan lagi bahawa sistem yang sedia ada boleh diibaratkan seperti sebuah persembahan pentas yang tidak baik. Kita boleh menukar pelakon yang berperan dan menggajikan pelakon terbaik tetapi itu tetap tidak mengubah fakta bahawa ia masih sebuah persembahan pentas yang tidak baik. Sistem sedia ada sepertinya, memberikan kelebihan kepada ahli politik dan parti-parti politik untuk bertindak dengan cara tertentu dan yang lebih malang lagi, sistem sedia ada menggalakkan mereka berantakan, menjadi rentan terhadap wang dan insentif serta terlalu berpihak kepada kuasa.
12. Cara lain untuk menggambarkan apa yang berlaku adalah: Sistem kita sekarang telah berubah menjadi sesuatu yang dikendalikan oleh raksasa berkepala tiga – Politik identiti, politik wang dan pemusatan kuasa. Saya tidak punya masa untuk membincangkan bagaimana semua ini boleh terjadi, tetapi apa yang lebih penting untuk kita sama-sama menggunakan masa yang tersisa ini untuk berbincang bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.
13. Sewaktu saya diundang sebagai Felo di Oxford dan kini saya bersama-sama dengan ahli akademik dan masyarakat sivil, meneruskan idea bahawa kita memerlukan ‘system reset’. Kami telah memulakan penelitian selama 6 bulan untuk mengumpulkan pandang rakyat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat serta meminta buah fikiran daripada masyarakat di mybetterfuture.org. Salah satu persoalan asas yang ditanyakan, adakah kita perlu menwujudkan lagi sebuah Majlis Perundingan Kebangsaan, yang merupakan platform perbincangan yang digunakan pada tahun 1970, di mana 67 orang yang mewakili kumpulan tertentu yang terdiri dari – pemimpin masyarakat, ahli politik, penjawat awam, kesatuan sekerja, media, kumpulan-kumpulan agama, peniaga, professional dan kumpulan rentan – berbincang, berbahas dan mengesahkan pembaharuan sistem. Saya merasakan yang kita tidak seharusnya meniru bulat-bulat apa yang berlaku pada ketika itu sebaliknya kitab oleh dan harus belajar dari pengalaman tersebut. Kita juga boleh belajar daripada trend mutakhir yang memberikan platform perbincangan sebagaimana yang dipraktikkan dalam sistem demokrasi di barat, misalnya apa yang terjadi di Ireland yang telah berjaya menyelesaikan isu kontroversi terkait pengguguran kandungan. Platform perbincangan seperti ini boleh bekerjasama dan melengkapi sistem demokrasi perwakilan sebagaimana yang diamalkan sekarang, bahkan ia boleh jadi lebih berkesan dna menepati kehendak demokrasi berbanding sistem di mana para pengundi hanya mewakilkan seorang ahli politik yang dipilih untuk menjadi suara mereka sehingga pilihan raya yang akan datang.
14. Dan seterusnya, di sana kita mula bertanya samada boleh atau tidak kita mempunyai Malaysia yang lebih baik? Samada kekecewaan dan kegagalan yang telah saya sebutkan sebentar tadi hanya sebahagian dari proses demokrasi dan keperitan untuk membentuk sebuah bangsa yang baru. Adalah penting buat kita pada ketika ini untuk mengkonseptualisasikan pembaharuan utama dan menilai samada ia boleh menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik. Saya percaya ianya sesuatu yang boleh terjadi. Bayangkan 1) penyusunan semula institusi untuk menjadi pengadil kepada persaingan politik. 2) pemisahan antara perniagaan, kerajaan dan politik dan 3) reformasi pilihan raya. Saya yakin dan saya pasti ramai di antara kita juga turut bersetuju sekiranya minda dan pemimpin terbaik di kalangan kita duduk dan berbincang tentang kontrak sosial, sistem pendidikan dan tindakan afirmatif di ruang yang selamat dan neutral berbanding panggung yang penuh racun, iaitu parti-parti politik , mereka pasti boleh mencari jalan penyelesaian, formula baru dan kompromi yang lebih sesuai dengan Malaysia dan rakyat Malaysia sekarang.
15. Secara singkat, saya mengambil risiko dengan mendahului kesimpulan penelitian yang sedang kami jalankan, saya yakin dan pasti bahawa kita boleh mempunyai Malaysia yang lebih baik.
Saudara & Saudari
16. Saya berharap, saya telah menggariskan secara jelas buah fikiran saya tentang “Ke Arah Malaysia Yang Lebih Baik” setidaknya untuk memulakan wacana pada petang ini. Ini adalah sebuah pertaruhan yang besar khususnya untuk generasi anda. Bagi pihak generasi saya, saya memohon maaf kerana kami telah membenarkan negara ini, yang kita cintai berada dalam keadaan seperti yang kita rasakan hari ini. Walaubagaimanapun, saya cukup yakin dan optimistik kerana saya dapat rasakan lebih ramai di kalangan kita yang menginginkan pembaharuan sistematik, disebabkan oleh kekecewaan terhadap situasi politik pada hari ini. Kerana pada akhirnya, para ahli politik perlu bertanggugjawab dan terus merespon terhadap rakyat selagimana suara mereka didengari.
BICARA KEPIMPINAN ALUMNI CHEVENING
16 NOVEMBER 2020
Datuk Seri Nazir Razak
Wed Dec 09 2020
NAZIR: Saya percaya saya masih mempunyai kompas moral dalam setiap tindakan saya tetapi dalam masa yang sama saya masih lagi salah seorang pemain di dalam sistem. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.