awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Akta Anti Buli guna sistem tribunal dibawa ke Kabinet - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
20/08/2025
01:15 MYT
Cadangan Akta Anti Buli guna sistem tribunal dibawa ke Kabinet - PM
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Cadangan kajian keperluan menggubal Akta Anti Buli yang menggunakan sistem tribunal bagi kes membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke Kabinet.
Demikian jawapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Cadangan, dia (Azalina) akan bawa bincang ke mesyuarat Kabinet,” kata Anwar ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Semalam, Azalina berkata, ketika ini tiada undang-undang khusus diperuntukkan bagi kesalahan buli dan ia sebaliknya bergantung kepada Kanun Keseksaan dan peruntukan undang-undang lain.
Oleh itu, katanya, wujud kebimbangan disuarakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung hakikat bahawa pelaku dan mangsa dalam kes buli adalah dalam kalangan kanak-kanak.
Ia sekali gus menjadikan Akta Kanak-Kanak terpakai ke atas mereka.
Menurut Azalina, dalam kes membabitkan kanak-kanak dan pelajar sekolah, sistem tribunal perlu diguna pakai untuk membicarakan kes buli.
“Ini adalah sesuatu yang perlu dibincangkan oleh Kabinet sama ada terdapat keperluan untuk melihat kepada proses lain dalam hal membabitkan buli kanak-kanak, (iaitu) dengan menggunakan sistem tribunal seperti di bawah Akta Antigangguan Seksual,” katanya.
Azalina juga berkata, pihaknya juga akan meneliti undang-undang di beberapa negara lain yang mengambil pendekatan berbeza dalam menangani isu buli.
Sebelum ini, negara digemparkan dengan kes kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar sebuah sekolah menengah di Papar yang didakwa dibuli, yang mendapat perhatian umum sehingga mencetus gelombang 'Justice for Zara'.
Pagi ini, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di Sabah menjadi tumpuan susulan pendakwaan ke atas lima remaja perempuan bawah umur berkaitan kes buli Zara Qairina.
Ini pertuduhan pertama dilakukan berkait dengan kematian Zara Qairina.
Berdasarkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, lima remaja berusia bawah 18 tahun itu akan didakwa atas tuduhan mengugut dengan mengeluarkan perkataan bersifat mengancam mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Anwar Ibrahim
#Akta Anti Buli
#tribunal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan