ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin buruk apabila bilangan mangsa banjir terus meningkat kepada 754 mangsa dari 205 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat jam 8 pagi hari ini.
Jumlah ini meningkat berbanding seramai 735 mangsa dari 196 keluarga di 12 PPS di lima daerah yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, satu lagi PPS dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau pada jam 11 malam tadi dengan menempatkan seramai 26 mangsa dari empat keluarga.
Beliau berkata, ini menjadikan tiga PPS aktif di Kubang Pasu yang mana dua lagi PPS iaitu di SK Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang mencatatkan jumlah mangsa seramai 106 mangsa dari 29 keluarga manakala PPS SMK Changlun seramai 13 mangsa dari tiga keluarga.
"Jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah seramai 141 mangsa dari 36 keluarga.
"Selain itu jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Pendang seramai 292 mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah iaitu seramai 224 mangsa dari 53 keluarga manakala PPS Dewan Cenderawasih pula menempatkan seramai 68 mangsa dari 22 keluarga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Muaz berkata, mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di daerah Pokok Sena iaitu di PPS Surau Kampung Permatang Limau adalah seramai 25 mangsa dari lapan keluarga manakala PPS SK Tualang pula seramai sembilan mangsa dari dua keluarga.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Pokok Sena yang ditempatkan di dua PPS terbabit adalah seramai 34 mangsa dari 10 keluarga.
"Mangsa banjir di daerah Kota Setar pula terus meningkat seramai 272 mangsa dari 79 keluarga berbanding 269 mangsa dari 77 keluarga yang dilaporkan tengah malam tadi.
"PPS di SK Langgar menempatkan seramai 80 mangsa dari 23 keluarga manakala SK Suka Menanti menempatkan seramai 62 mangsa dari 23 keluarga dan PPS Darul Hikmah mencatatkan bilangan mangsa seramai 106 mangsa dari 28 keluarga.
"Mangsa banjir di SK Haji Wahab pula merekodkan seramai 24 mangsa dari lima keluarga setakat jam 8 pagi hari ini," katanya.
Mohd Muaz berkata, dua PPS di daerah Baling masih kekal dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir seramai 15 mangsa dari lima keluarga setakat ini.
Beliau berkata, PPS di SK Siong menempatkan seramai tujuh mangsa dari empat keluarga manakala PPS Tunku Putera seramai lapan mangsa dari sebuah keluarga.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Nov 03 2021
Anggota APM sedang membantu seorang warga emas mangsa banjir berpindah ke PPS selepas rumahnya dimasuki air. - Foto ihsan APM
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 7 Mei 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Pekerjaan masa depan: 3 hari seminggu ke pejabat, rangsang produktiviti pekerja, syarikat?
Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat. Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.