awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town

Bernama
Bernama
07/05/2024
03:07 MYT
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Pasukan Skuad Pantas MBPP sentiasa bersedia memikul amanah melaksanakan tugas tanpa mengira waktu dan cuaca, demi kesejahteraan penduduk. - Foto Facebook MBPP
GEORGE TOWN: Puluhan pokok tumbang dan ranting patah sekurang-kurangnya di 10 kawasan di sekitar George Town ekoran hujan lebat dan angin kencang malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau sesiapa yang cedera dalam kejadian terbabit.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah telah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
Kesemua aduan telah disalurkan serta-merta kepada Pasukan Pengurusan Bencana MBPP untuk tindakan segera dan Skuad Pantas MBPP telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja pemulihan di kesemua lokasi berkenaan.
''Antara kawasan yang terlibat ialah Pintasan Cecil, Taman Bukit Gelugor, Jalan Bell, Park Road, Jalan Biggs, Jalan Cantonment, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Macalister dan Flat Hamna, Jalan Sungai Dua.
"Bagaimanapun, kerja-kerja di Flat Hamna, Jalan Sungai Dua terpaksa ditangguhkan sementara waktu kerana memerlukan jentera besar serta faktor keselamatan petugas," menurut hantaran dalam Facebook MBPP hari ini.
Majlis bandar raya itu memaklumkan pasukan Skuad Pantas MBPP sentiasa bersedia memikul amanah melaksanakan tugas-tugas tanpa mengira waktu dan cuaca demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk.
MBPP turut merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turut membantu menyegerakan tindakan pemulihan.
''Terima kasih juga diucapkan kepada semua orang awam yang membantu menyalurkan maklumat atau aduan kepada Hotline MBPP. Sebarang aduan mengenai pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya, sila hubungi Hotline MBPP melalui talian 04-263 7000 atau 04-263 7637 dan 016-2004082 (WhatsApp)," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#George Town
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan