awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan banjir di Melaka semakin pulih

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/01/2022
02:34 MYT
Keadaan banjir di Melaka semakin pulih
Hanya daerah Jasin merekodkan peningkatan mangsa yang terpaksa dipindahkan ke PPS. - Astro AWANI
ALOR GAJAH: Keadaan banjir di Melaka semakin pulih selepas tujuh daripada 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sebelum ini telah ditutup.
Angka mangsa yang masih ditempatkan di 16 lagi PPS sekitar negeri itu juga berkurangan kepada 1,265 mangsa sehingga pagi ini berbanding 2,674 mangsa pada pagi Selasa.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan 324 keluarga di semua daerah di negeri ini.
Beliau dalam kenyataannya berkata, walaupun daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah menunjukkan pengurangan angka mangsa banjir, daerah Jasin bagaimanapun merekodkan peningkatan mangsa yang terpaksa dipindahkan ke PPS.
Ujarnya, ia kerana Sungai Kesang di Telok Rimba Jasin masih merekodkan paras air yang tinggi menyebabkan berlaku limpahan air di kediaman penduduk.
Antara kawasan yang baharu terjejas adalah di Kampung Parit Putat Benteng (Jalan Janda Berhias), Parit Perawas dan Parit Sialang Benteng.
Katanya, Sekolah Menengaah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai merekodkan mangsa teramai di daerah Jasin iaitu 319 mangsa membabitkan 85 keluarga.
Tambahnya bagi daerah Melaka Tengah, Sekolah Kebangsaan Krubong masih merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 320 mangsa diikuti SK Taman Merdeka dengan 145 orang.
Jelasnya, selain penyelarasan di PPS, pihaknya juga membuat pemantauan di kawasan-kawasan terjejas termasuk membantu mangsa berdepan pascabanjir.
Sementara itu, tinjauan mendapati, setakat pagi ini tiada hujan di kebanyakan tempat seluruh negeri Melaka selain paras air di beberapa sungai utama tidak melepasi paras bahaya.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#Pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan