awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan penyakit berkaitan NCD antara punca utama kematian ibu bersalin

Bernama
Bernama
07/07/2023
21:40 MYT
Keadaan penyakit berkaitan NCD antara punca utama kematian ibu bersalin
Kaum wanita khususnya ibu mengandung kini lebih prihatin tentang tahap kesihatan mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD) dikenal pasti sebagai antara punca utama menyumbang kepada kadar kematian ibu bersalin di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, satu kajian yang dijalankan dari 2019 hingga 2021 merekodkan kadar kematian ibu bersalin tertinggi bagi purata tiga tahun, kebanyakannya disebabkan oleh keadaan perubatan berkaitan NCD dan pendarahan selepas bersalin.
"Antara ibu dengan keadaan perubatan berkaitan, lebih 50 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung.
"Selain itu, obesiti adalah faktor risiko utama dikenal pasti antara kematian ibu bersalin berpunca daripada salur darah paru-paru tersumbat selepas pembedahan Caesarean," katanya pada Kongres Perubatan Malaysia Singapura ke-56 sempena Kongres Antarabangsa MyWomen 2023, di sini, pada Jumaat.
Dr Zaliha berkata, bagi mengurangkan kadar kematian ibu bersalin, Kementerian Kesihatan telah memperkukuh Penjagaan Pra Kehamilan (PPK) dan penilaian risiko Thrombosis Vena Dalam (DVT) serta memberi preskripsi thromboprophylaxis kepada wanita hamil.
Selain itu, beliau berkata, setakat Jun, 105,789 individu telah menjalani saringan kesihatan di fasiliti KKM di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, iaitu setahun selepas program itu dilancarkan pada Julai tahun lepas.
Katanya, apa yang menarik ialah daripada jumlah itu, 58,441 atau 55.24 peratus adalah wanita, justeru menunjukkan kaum hawa kini lebih mengambil berat aspek kesihatan mereka.
"Bilangan wanita untuk setiap negeri yang telah menjalani saringan melebihi 50 peratus dengan Selangor mempunyai kadar saringan tertinggi (61.9 peratus) manakala Pulau Pinang paling rendah pada 55.5 peratus," tambahnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu hamil
#ibu bersalin
#kesihatan
#penyakit NCD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan