Pemilik kediaman mengambil masa lebih kurang sejam membersihkan rumah menjadi lokasi berlakunya insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah unit di Apartment Telipok Ria, dekat sini, pada Ahad.
Lapor Bernama, anak pemilik rumah itu, Kasman Rahim, 25, berkata mereka mula membersihkan rumah tengah malam semalam.
Mereka turut dibantu jiran tetangga selepas pihak polis mengeluarkan mayat suspek.
Kasman yang sudah tinggal di apartment itu hampir 10 tahun berkata keadaan rumah berselerak dan banyak kesan darah suspek di bahagian dapur.
"Keadaan rumah bertaburan...gelas dan pinggan pecah.
"Semalam saya tidur di luar rumah sambil meninjau keadaan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.
BACA: Kanak-kanak dijadikan tebusan di Tuaran dalam keadaan stabil
BACA: Kes tebusan di Tuaran: 'Budak tu sedikit pun tak nangis' - Saksi
BACA: Polis gagalkan insiden kanak-kanak dijadikan tebusan di Tuaran
Semalam, penghuni apartment itu kecoh dan cemas apabila dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Polis Sabah bertindak segera melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek selepas dia mahu mencampak kanak-kanak perempuan itu dari tingkap dapur rumah tersebut.
Suspek maut di lokasi kejadian dan kanak-kanak perempuan itu berjaya diselamatkan seterusnya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas bagi mendapat rawatan lanjut.
Kanak-kanak perempuan itu kini dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan pakar.
Sementara itu, tinjauan Bernama di apartment itu mendapati penghuni menjalankan aktiviti harian seperti biasa. - Sumber Bernama
Astro Awani
Mon Jan 14 2019

Suspek maut di lokasi kejadian dan kanak-kanak perempuan itu berjaya diselamatkan seterusnya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas bagi mendapat rawatan lanjut. - Foto Astro AWANI
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin– 28 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Elak sebar kandungan lucah, perlu bangun kod teras
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Polis perlu pandangan pihak luar untuk tingkatkan perkhidmatan - Saifuddin
Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.
Maritim Selangor tahan bot bawa lebih penumpang di Pulau Ketam
Sebuah bot yang membawa lebihan penumpang di Pulau Ketam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor. Bot tersebut didapati melanggar pelbagai syarat sah lesen dan insurans yang telah tamat tempoh.

Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari
Sivasangari memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Sagaing, Myanmar
Hospital yang dilaksanakan ATM menerusi Operasi Bantuan Kemanusiaan (Op STARLIGHT III) itu dilengkapi 20 katil dan wad, bilik pembedahan, ICU, radiologi, makmal serta kepakaran pembedahan am.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.

Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.

COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.

6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.