awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/07/2022
11:41 MYT
Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha
Dalam kebakaran kira-kira jam 11.15 pagi itu, tiga rumah musnah seratus peratus manakala sebuah lagi mengalami kerosakan hampir 25 peratus. - Foto ihsan JBPM
KUALA TERENGGANU: Kemeriahan membuat persediaan Aidiladha yang akan disambut Ahad ini bertukar hiba buat 20 penduduk di Kampung Panji, di sini selepas kediaman mereka musnah dijilat api pada Jumaat.
Dalam kebakaran kira-kira jam 11.15 pagi itu, tiga buah rumah musnah seratus peratus manakala sebuah lagi mengalami kerosakan hampir 25 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima panggilan, seramai 23 kekuatan anggota bomba bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Ketika tiba, katanya api sedang marak membakar kediaman berkenaan dan jarak rumah yang terlalu hampir serta ketiadaan akses menyebabkan pihaknya sukar melakukan operasi pemadaman.
"Keadaan rumah begitu hampir antara satu sama lain dan kita juga mengalami masalah apabila ketiadaan akses dan terpaksa meletakkan jentera di luar.
"Operasi pemadaman ini juga terpaksa menggunakan air parit yang terletak kita-kira 700 kaki dari lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Bagaimanapun Rozizah berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 12.51 tengah hari daripada terus merebak.
Jelasnya tiada mangsa yang terlibat dalam insiden itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kampung Panji
#Kuala Terengganu
#rumah musnah
#bomba dan penyelamat
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan