NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Kementerian Digital bantu ganti peranti penduduk terjejas - Gobind

Gobind ditemui media selepas selesai melawat lokasi insiden termasuk menyantuni penduduk terjejas di pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) di Putra Harmoni, Putra Heights pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA: Kementerian Digital akan menghulurkan bantuan menggantikan peranti digital penduduk yang musnah dalam insiden kebakaran saluran paip gas bawah tanah Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kementerian Digital akan membantu menggantikan peranti digital penduduk yang musnah akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.
- Penduduk terjejas boleh memohon bantuan gantian peranti di pejabat Ahli Parlimen dan ADUN yang terlibat.
- Seramai 1,254 mangsa daripada 308 keluarga terjejas, dengan 630 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
“Tadi bila saya banyak bincang dengan mereka, ramai memberitahu banyak peranti mereka terkesan akibat daripada insiden ini.
“Jadi kita dalam proses sekarang melihat kita dapat menggantikan peranti-peranti tersebut (telefon bimbit dan komputer) dan ini adalah satu perkara dalam perbincangan dan saya harap dalam sehari dua ini kita dapat umumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai melawat lokasi insiden termasuk menyantuni penduduk terjejas di pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) di Putra Harmoni, Putra Heights pada Jumaat.
Tambah Gobind, penduduk yang terjejas boleh memohon untuk proses ganti peranti di pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat.
“Mereka yang perlukan bantuan khususnya dari sudut gantian peranti boleh membuat permohonan kepada pejabat ADUN dan Parlimen, kita akan uruskan dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, seramai 1,254 mangsa daripada 308 keluarga dikenal pasti terjejas, dengan 630 orang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), manakala selebihnya menumpang di rumah saudara-mara.
Sementara itu, keluarga dari 85 rumah di Taman Harmoni, Putra Heights telah dibenarkan pulang bermula malam tadi secara berfasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami