awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Pemilik rumah musnah sepenuhnya diberi bantuan RM10,000 - MB

Khalis Khadir
Khalis Khadir
07/04/2025
05:30 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Pemilik rumah musnah sepenuhnya diberi bantuan RM10,000 - MB
Amirudin (dua, kiri) berkata, mereka akan menerima RM5,000 daripada Petronas yang diurus selia oleh kerajaan negeri dan tambahan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan. -Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan sehingga RM10,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan sehingga RM10,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.
  • Penduduk yang rumah mereka terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya akan menerima bantuan minimum sebanyak RM5,000.
  • Proses pengagihan bantuan kepada 613 isi rumah yang terjejas akan dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mereka akan menerima RM5,000 daripada Petronas yang diurus selia oleh kerajaan negeri dan tambahan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan.
“Bagi rumah yang terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya, setiap pemilik akan menerima RM2,500 daripada Petronas dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan bantuan minimum sebanyak RM5,000, ini termasuk juga kepada penyewa rumah.
"Terima kasih Kerajaan Persekutuan dan Petronas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, pada Isnin.
Katanya, proses pengagihan kepada 613 isi rumah yang terjejas dibuat secara berperingkat dengan setiap penerima akan dipanggil secara individu oleh Jawatankuasa Bencana bagi mengesahkan kelayakan mereka.
“Pihak Jawatankuasa Bencana akan panggil mereka seorang demi seorang dan proses ini dijangka selesai selewat-lewatnya Jumaat ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#Petronas
#bantuan sehingga RM10000
#rumah musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan