awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kilang sebabkan pencemaran Sungai Rinting

Bernama
Bernama
16/09/2024
22:15 MYT
Kebakaran kilang sebabkan pencemaran Sungai Rinting
Bangkai ikan ditemui terapung di permukaan Sungai Rinting petang semalam. - Foto Facebook Ah Soon
JOHOR BAHRU: Pencemaran Sungai Rinting, Masai di sini dipercayai berpunca susulan kebakaran sebuah kilang di Seri Alam, pada Ahad.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan siasatan selepas menerima aduan mengenai bangkai ikan ditemui terapung di permukaan dan bau air tercemar di sungai berkenaan, petang semalam.
"Hasil siasatan awal mendapati ketika proses pemadaman dilakukan, sejumlah besar air telah digunakan dan menyebabkan bahan sisa seperti debu dan serpihan dibawa masuk ke longkang sebelum mengalir ke sungai.
"Ini menyebabkan tahap keasidan air sungai meningkat (pH mencapai sembilan) sehingga mengakibatkan ikan mati," katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.
Katanya jabatan itu telah mengambil sampel bagi menjalankan siasatan lanjut dan sekiranya terdapat penemuan baharu, maka tindakan susulan akan diambil.
Foto Facebook Ah Soon
Foto Facebook Ah Soon
"Bagaimanapun, kejadian ini tidak berkaitan dengan insiden pencemaran yang terdahulu dan dianggap sebagai kes terpencil. Oleh itu, orang awam dinasihatkan agar tidak panik atau mengaitkan kedua-dua insiden ini," katanya.
Untuk rekod, beberapa siri pencemaran bau dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di daerah ini antaranya Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Mount Austin, Kawasan Industri Desa Tropika, Kampung Maju Jaya, Kampung Tawakal dan Kampung Plentong Baru, sejak 3 Sept lepas.
Pada 11 Sept lepas, media melaporkan sebanyak 47 individu terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak termasuk murid sekolah mengalami gejala ringan akibat pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran kilang
#Sungai Rinting
#Ling Tian Soon
#pencemaran bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan