KOTA BHARU: Operasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran yang berlaku tengah malam, semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua 100 petugas di klinik ini akan ditempatkan di tiga klinik iaitu Klinik Kesihatan Badang, Klinik Desa Kemeruk dan Klinik Desa Kemumin.
"Orang awam yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kesihatan, boleh pergi ke klinik yang berdekatan kerana siasatan di Klinik Pengkalan Chepa masih dijalankan.
"Kita akan maklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan terkini dari semasa ke semasa berhubung pembukaan semula klinik ini selepas mendapat kebenaran daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Klinik Pengakalan Chepa, di sini hari ini.
Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa yang mula beroperasi pada 1972 terbakar 80 peratus membabitkan empat buah bilik iaitu bilik pemandu ambulans serta tiga bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) dalam kejadian pada pukul 12.26 tengah malam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa yang mula beroperasi pada 1972 terbakar 80 peratus. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.