Seorang nenek berusia 50 tahun dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka di Taman Puteri Indah, Tongkang Pechah, di sini, terbakar, awal hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulle Idris berkata Siti Zaleha Jaafar dan Ahmad Shuhil Ahmad Osman ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan, sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian ketika rawatan di hospital.
"Terdapat enam individu berada di rumah dua tingkat berkenaan ketika kebakaran berlaku kira-kira 1.02 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Saifulle berkata, empat yang cedera iaitu Siti Khairiah Mohd Don, 28, Ahmad Syaihan Ahmad Osman, 3, Ahmad Syahid Ahmad Osman, empat bulan dan seorang wanita dikenali sebagai Wati, 30, dipercayai pembantu rumah kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Katanya kesemua mangsa diselamatkan oleh pihak bomba melalui tingkap di tingkat dua menggunakan tangga.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan dan operasi menyelamat itu tamat pada pukul 3.18 pagi," katanya.
Menurut Saifulle, operasi menyelamat membabitkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat.
Sementara itu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad pada kira-kira 3 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai, di sini.
Ahli keluarga mangsa bagaimanapun enggan ditemu bual oleh pihak media.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020

Seorang nenek dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka terbakar. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021) [INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894116/8967789641615117841312_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik harian kes COVID-19 mengikut negeri (07 Mac 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 07 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
![AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894113/8343693811615116506293_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Langkah kawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam sedang diperinci - Semakin ramai petugas barisan hadapan di Sarawak sudah terima vaksin Saksikan AWANI Sarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Lambakan platform penstriman, sukarkan pemilikan hasil karya asli - Amir Muhammad
Cetak rompak satu isu yang berterusan kerana tiadanya titik pertemuan untuk menyelesaikannya di semua peringkat.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

Kebakaran rumah: Nenek dan cucu maut, empat cedera
Seorang nenek berusia 50 tahun dan cucu lelakinya yang berumur empat tahun meninggal dunia manakala empat lagi cedera setelah rumah mereka terbakar.