SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang yang berlarutan sejak 14 Julai lepas hingga hari ini.
Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata ketiga-tiga mereka ditahan semasa hadir di pejabat JAS Cawangan Kajang hari ini bagi membantu siasatan terhadap kesalahan melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, Larangan atas pembakaran terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Beliau berkata jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
"Individu-individu yang berumur antara 35 hingga 45 tahun itu ditahan merupakan penjaga tapak pelupusan sampah haram tersebut dan rakan kongsi perniagaan yang menyewa tapak tersebut daripada pemilik tanah.
Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri untuk izin dakwa di bawah Seksyen 44, Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nor Aziah berkata berikutan musim panas dan kering yang sedang dialami negara, kebakaran terbuka mudah berlaku terutama di kawasan tanah gambut dan tapak-tapak pelupusan sampah yang tidak dikawal.
"Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Suspek yang ditahan merupakan penjaga tapak pelupusan sampah haram tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang.
Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.
Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM
Kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Sepang, Selangor yang terbakar sejak Ahad lepas masih diteruskan.