MALAYSIA
Kebakaran: Tindakan pantas bomba selamatkan dua warga emas sesak nafas

Anggota bomba lengkap dengan alat bantuan pernafasan melakukan operasi menyelamat mangsa yang ditemui berada di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan Pasir Puteh, Ipoh, pagi ini. - Foto JBPM Perak
IPOH: Anggota bomba berjaya menyelamatkan dua warga emas yang mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran kedai tiga tingkat di Jalan Pasir Puteh, di sini, pagi ini.
Mangsa, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dan seorang wanita, masing-masing berusia dalam lingkungan 60-an.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.04 pagi.
“Semasa tiba di tempat kejadian, kami dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat seorang mangsa berada di tingkat dua.“Tiga anggota yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan bergegas melakukan operasi menyelamat di tingkat dua tetapi tidak menjumpai mangsa.
“Mereka seterusnya ke tingkat tiga dan menjumpai dua mangsa dalam keadaan sesak nafas,” katanya di sini.

Foto JBPM Perak
Menurutnya, ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan sangat lemah, selepas dipercayai terhidu asap tebal.
Katanya, kedua-dua mangsa dibawa turun dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hosital menggunakan jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).
Beliau yang juga ketua operasi berkenaan berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah untuk memadamkan kebakaran kerana terdapat sumber air berhampiran.

Foto JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami