awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran wad ICU HAS: SOP di 145 hospital awam akan diteliti semula

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2016
12:01 MYT
Kebakaran wad ICU HAS: SOP di 145 hospital awam akan diteliti semula
Dr Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran mungkin merebak dalam masa beberapa saat memandangkan unit ICU mempunyai tahap oksigen yang tinggi. - FotoBERNAMA
Prosedur Keselamatan dan Pengurusan Krisis (SOP) di semua 145 hospital kerajaan di seluruh negara akan diteliti semula oleh skuad khas di bawah kendalian Kementerian Kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata skuad khas tersebut telah pun memulakan pemeriksaan dan akan melawat setiap hospital kerajaan bagi menyusun data untuk cadangan penambahbaikan.
"Sesetengah hospital sudah terlalu lama perlu penambahbaikan.
BACA: LAPOR LANGSUNG: KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU
"Kami dalam proses melakukannya tetapi malangnya kejadian ini berlaku di hospital kerajaan hari ini," katanya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 4 petang hari ini.
HSA
Berikut ialah senarai mangsa yang terkorban dalam insiden wad ICU terbakar di HSA awal pagi tadi. - Sumber grafik Astro AWANI
HSA
Dua mangsa yang terselamat dalam insiden kebakaran di wad ICU, HSA pagi tadi. - Sumber foto Grafik Astro AWANI
Tambahnya, siasatan penuh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri sedang dijalankan dan orang ramai digesa untuk tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini.
BACA: KEBAKARAN WAD ICU HSA: #PrayForHSA TRENDING DI MEDIA SOSIAL
Dalam perkembangan berkaitan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran mungkin merebak dalam masa beberapa saat memandangkan unit ICU mempunyai tahap oksigen yang tinggi.
Beliau turut bertemu ahli keluarga enam mangsa insiden tersebut.
Topic Berkaitan
##PrayForHSA
#Hospital Sultanah Aminah
#HSA
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan