NATIONAL
Kebenaran operasi semula: Penternak babi di Paya Mengkuang perlu patuh dua syarat

Operasi ladang penternakan babi berkenaan, mesti dilakukan secara tertutup dan bukannya secara konvensional seperti dahulu. - Gambar hiasan/ Reuters
MELAKA: Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi ladang tersebut.
Ringkasan AI
- Penternak ladang babi di Paya Mengkuang perlu menjalankan operasi secara tertutup dan mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk babi yang dibawa masuk dari luar Melaka.
- Kerajaan negeri Melaka tiada halangan untuk membenarkan operasi semula ladang jika syarat dipatuhi, namun belum menerima kertas kerja berkaitan pembinaan ladang tertutup.
- Pada Januari 2022, Melaka mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
"Jika penternak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan itu, kerajaan negeri tiada halangan untuk membenarkan ladang mereka beroperasi semula.
"Kita telah mengadakan perjumpaan dengan penternak ladang babi di kawasan berkenaan dan mereka sedia maklum dengan syarat yang telah ditetapkan itu," katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang kertas kerja daripada penternak sedia ada, berkaitan pembinaan ladang tertutup untuk kebenaran beroperasi semula.
Pada Jan 2022, media melaporkan kerajaan negeri Melaka bersetuju mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Pewartaan itu adalah bagi mengawal penularan penyakit ASF daripada merebak, namun tiada tempoh khusus ditetapkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami