awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran rapat saf: Umat Islam perlu terus patuh SOP - Idris

Bernama
Bernama
01/04/2022
07:25 MYT
Kebenaran rapat saf: Umat Islam perlu terus patuh SOP - Idris
Idris Ahmad berkata pematuhan SOP juga perlu dipraktikkan ketika menghadiri sebarang program keagamaan sepanjang Ramadan. - Foto Astro AWANI/Shahir Ahmad
PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal (rapat saf) di masjid dan surau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pematuhan SOP juga perlu dipraktikkan ketika menghadiri sebarang program keagamaan sepanjang Ramadan.
"Aspek pematuhan SOP perlu dikekalkan. Yang belum ambil vaksin atau dos penggalak, perlu segera berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada 8 Mac lepas mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April 2022.
Idris dalam pada itu menasihatkan 'geng plastik hitam' agar tidak mengulangi perbuatan sama untuk mengelakkan diri dari terus dibelenggu dosa kerana tidak berpuasa wajib ketika Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebenaran rapar saf
#Ramadan
#Idris Ahmad
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan