awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberkesanan KPMPerkasaKU tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
23:29 MYT
Keberkesanan KPMPerkasaKU tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Turut terkandung dalam sesi itu ialah pertanyaan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) terhadap jumlah kerugian hasil negara akibat dari aktiviti penyeludupan haram termasuk arak dan rokok. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penjelasan keberkesanan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) bagi memperkukuhkan numerasi dan literasi memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar dan pedalaman menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Bachok) kepada Menteri Kanan Pendidikan.
Dalam pada itu, P Prabakaran (PH-Batu) akan meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan apakah pendapat Menteri Perpaduan berkenaan pelan memperkenalkan mata pelajaran perpaduan bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah menggantikan pendidikan moral yang berada dalam sistem pendidikan sekian lama.
Ia termasuk persoalan dari, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang meminta Menteri Pengajiaan Tinggi menyatakan usaha kementerian bersama pihak universiti untuk memahami keperluan ini dan seterusnya memperkasakan graduan dengan kerjasama pihak industri agar kebolehpasaran graduan dapat memenuhi keperluan kategori tenaga mahir dan separuh mahir.
Turut terkandung dalam sesi itu ialah pertanyaan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) terhadap jumlah kerugian hasil negara akibat dari aktiviti penyeludupan haram termasuk arak dan rokok.
Susulan itu soalan yang akan diajukan kepada Menteri Kewangan termasuk apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius ini.
Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa bagi beberapa kementerian.
Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KPMPerkasaKU
#Menteri Kanan Pendidikan
#Pendidikan Moral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan