awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebiasaan baharu: Kaji dasar ekonomi menepati kehendak rakyat

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/08/2020
08:20 MYT
Kebiasaan baharu: Kaji dasar ekonomi menepati kehendak rakyat
Nordin berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan pelaksanaan atau penyesuaian kebiasaan baharu dalam kehidupan masyarakat demi merancakkan semula sektor ekonomi. - Foto file
Kerajaan disarankan untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar berkaitan ekonomi agar usaha itu benar-benar menepati kehendak rakyat dalam mendepani cabaran COVID-19.
Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGrow), Nordin Abdul Malek berkata, perkara itu perlu diselaraskan dengan pelaksanaan atau penyesuaian kebiasaan baharu dalam kehidupan masyarakat demi merancakkan sektor ekonomi di negara ini.
"Tidak dinafikan kebanyakan usahawan terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukan semua perindustrian kecil dan sederhana (PKS) memerlukan insentif daripada kerajaan seperti pinjaman.
"Sebaliknya, apa yang mereka mahu adalah akses peluang pekerjaan yang lebih baik. Ini bermakna satu dasar yang menjurus kepada kempen terus berbelanja perlu diperkasakan dengan menggnakan kebiasaan baharu seperti dalam pembeliaan dalam talian.
"Ini kerana, sekiranya kerajaan tidak merancakkan tabiat berbelanja dalam kalangan rakyat seolah-olah tiada manfaat bantuan yang diberikan (kepada PKS) dalam bentuk pinjaman itu dan kapasiti perniagaan tidak akan bergerak," katanya ketika ditemubual menerusi Buletin AWANI Khas di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nordin berkata, semua industri pula diminta untuk melakukan pembaharuan khususnya dengan mengamalkan pembudayaan baharu dalam perniagaan.
"Antara pembaharuan lain termasuk pembudayaan dengan pekerja serta pelanggan dan kaedah perniagaan selain inisiatif kerajaan juga memerlukan budaya baharu.
"Tidak dinafikan inisiatif yang disediakan kerajaan memang baik tetapi dalam masa sama kita lihat kaedah itu seperti kaedah tradisional, sedangkan banyak lagi ruang lain yang perlu dipertingkatkan khususnya dalam aspek pembudayaan kebiasaan baharu dalam masyarakat untuk terus berbelanja," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#kebiasaan baharu
#kerajaan
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#perniagaan
#PKP
#PKS
#rakyat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan