awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran data: Pengguna dinasihat 'unlink' perisian dengan Facebook

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/04/2021
04:21 MYT
Kebocoran data: Pengguna dinasihat 'unlink' perisian dengan Facebook
Pengguna dinasihatkan menyahkan pautan atau 'unlink' perisian-perisian dengan laman Facebook bagi melindungi data peribadi masing-masing.
KUALA LUMPUR : Pengguna dinasihatkan menyahkan pautan atau 'unlink' perisian-perisian dengan laman Facebook bagi melindungi data peribadi masing-masing.
Menurut Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah UPM dan Profesor Teknologi Komunikasi dan Rangkaian UPM, Prof. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, ia merupakan langkah berkesan boleh dilakukan selain menutup akaun Facebook pengguna.
"Sekarang ini kita perlu sedar bahawa kita berada di alam digital, jadi apa jua maklumat kita yang kita link dengan sebarang perisian kebanyakannya perlu kita akses melalui login kepada Facebook. Tindakan yang ekstreme yang saya nampak di sini adalah untuk masing-masing delete FB akaun, tetapi tidak ramai yang sanggup lakukan tindakan tersebut.
"Namun, sekiranya tidak boleh delete, maknanya kita perlu unlinkkan perisian-perisian daripada dilink terus ke Facebook. Sebarang akses kepada perisian tertentu melalui FB perlu dielakkan, dan seterusnya menukar kata laluan akaun Facebook masing-masing," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan tidak mengangkat panggilan telefon yang tidak dikenali terutama panggilan yang berdaftar dengan syarikat antarabangsa bagi mengelak menjadi mangsa scammer.
Dalam masa sama, kerajaan juga boleh mengekang nombor-nombor tidak dikenali berkenaan daripada membuat panggilan yang mengganggu komuniti.
Pada Isnin, Pakar Risikan Siber, Alon Gal memaklumkan kebocoran data besar-besaran yang berpotensi mendedahkan sebanyak 11,675,894 nombor telefon Malaysia yang dihubungkan dengan akaun Facebook.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Astro
#Astro Awani
#kerajaan
#mangsa
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan