Siasatan awal terhadap tumpahan minyak di kawasan meletak pesawat Q10 dan Q12 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Ahad lalu, menunjukkan kemungkinan ia disebabkan kebocoran saluran paip bawah tanah.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam satu kenyataan berkata, MA Sepang, anak syarikat Malaysia Airport Holdings Bhd, dan Kuala Lumpur Aviation Fuelling System (KAFS) sedang menjalankan siasatan selanjutnya serta melakukan kerja pembaikan pada saluran paip yang bocor itu.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata DCA akan memantau situasi berkenaan dari dekat bagi menentukan siasatan dan kerja pembaikan yang dijalankan, benar-benar mengikuti prosedur keselamatan.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, saluran paip minyak bagi petak Q2, Q4, Q6, Q8, Q10, Q12 dan Q14 ditutup untuk kerja penyucian dan pemeriksaan oleh KAFS MA Sepang selepas insiden itu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kini hanya petak Q10 dan Q12 masih ditutup, sementara petak yang lain beroperasi seperti biasa.
Beliau berkata DCA telah menghantar pasukan pemeriksa bagi menentukan langkah keselamatan dipatuhi sepenuhnya.
Shuhami Zabri
Wed Oct 28 2015
AZHARUDDIN: DCA akan memantau situasi berkenaan dari dekat bagi menentukan siasatan dan kerja pembaikan yang dijalankan, benar-benar mengikuti prosedur keselamatan. - Gambar Fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.