awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2023
05:17 MYT
Keciciran pelajar bukan hanya disebabkan kemiskinan
Guru juga mainkan peranan untuk membina keperibadian pelajar terutama dalam memupuk kesedaran, kefahaman, semangat dan motivasi untuk belajar. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Selain kemiskinan, antara faktor lain keciciran pelajar dalam pendidikan ialah persekitaran sekolah, taraf pendidikan keluarga termasuk kreativiti guru," kata Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia, Mohd Azizee Hasan.
Jelas beliau, persekitaran sekolah yang tidak kondusif akan menghilangkan minat pelajar untuk terus berada di sekolah.
"Saya setuju antara sebab yang menyebabkan berlakunya keciciran pendidikan itu selain daripada faktor kemiskinan antaranya adalah ekosistem atau persekitaran sekolah.
"Jika sekolah tidak mempunyai persekitaran positif, konstruktif dan juga menarik minat serta motivasi untuk belajar, ia akan memberi kesan kepada keciciran pendidikan," katanya dalam program Sinar Live bertajuk: Berhenti belajar sebab miskin," pada Khamis.
Tambah Mohd Azizee, latar belakang keluarga sekiranya tidak mempunyai pendidikan yang baik juga memberi impak kepada pelajar.
Susulan itu, ujarnya, ia akan menyebabkan mereka kurang kesedaran betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak dalam menaiktarafkan hidup menjadi lebih baik.
Menurut beliau, guru juga mainkan peranan untuk membina keperibadian pelajar terutama dalam memupuk kesedaran, kefahaman, semangat dan motivasi untuk belajar.
"Jika guru tidak kreatif akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan malas untuk ke sekolah.
"Jadi, guru perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian ilmu mereka yang mana sentiasa kemas kini kemahiran, kecekapan dan teknologi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#keciciran pelajar
#faktor keciciran
#kemiskinan
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan