awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2024
07:53 MYT
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Insiden pergaduhan dua kumpulan pondan di Jalan Sukhumvit Soi 11 yang tular di media sosial. -X @anthraxxx781
BANGKOK: Kekacauan tercetus awal pagi tadi di luar sebuah hotel, di sini, apabila berlaku konfrontasi di antara dua kumpulan wanita transgender warga Thailand dan Filipina.
Insiden yang berlaku di Jalan Sukhumvit Soi 11 itu kemudiannya tular di media sosial, lapor Bangkok Post.
Fight between Thai and Filipino transgenders allegedly broke out in Bangkok pic.twitter.com/EBAkixnz8n
— @ (@anthraxxx781) March 4, 2024
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan mendakwa 20 pondan warga Filipina menyerang dan merompak seorang pondan warga Thailand.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila lebih ramai wanita transgender Thai berhimpun di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat serangan itu di media sosial.
Polis cuba meleraikan keadaan, namun keadaan pantas menjadi huru-hara apabila kumpulan pondan Thailand mula membaling botol ke arah kumpulan pondan warga Filipina yang baru tiba.
Pihak berkuasa bergelut untuk membendung keganasan yang semakin memuncak apabila kumpulan pondan Thailand mula mengheret kumpulan pondan Filipina keluar di hadapan hotel dan meneruskan serangan.
Polis akhirnya berjaya meleraikan pergaduhan dan menahan kedua-dua kumpulan penyerang serta mangsa, dan membawa mereka ke Balai Polis Lumpini.
Jumlah sebenar mereka yang ditangkap dan keadaan mereka yang cedera setakat ini tidak diketahui.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Filipina
#rusuhan
#pondan
#wanita transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan