awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecuaian manusia antara punca utama peningkatan kes kematian penyu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
31/01/2022
21:46 MYT
Kecuaian manusia antara punca utama peningkatan kes kematian penyu
Kes kematian penyu pertama dikesan adalah pada 3 Januari di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman. - Foto fail
KUALA TERENGGANU: Kecuaian manusia antara punca utama peningkatan kes kematian penyu di Terengganu.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pembuangan sampah terutama plastik, penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, pembuangan pukat yang rosak (ghost net) ke laut dan perbuatan khianat merupakan ancaman terbesar bagi reptilia marin tersebut.
Menurut Ruzaidi, sehingga kini sebanyak 17 kes kematian penyu direkodkan di seluruh Terengganu dan daripada jumlah itu 16 kes melibatkan penyu agar dan seekor penyu lipas.
Tambahnya, pelbagai program pendidikan telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang awam terutama pengusaha sektor pelancongan dan nelayan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga keseimbangan ekosistem di lautan.
Kes kematian penyu pertama dikesan adalah pada 3 Januari di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman, diikuti kematian di Pelabuhan Chendering, Pantai Seberang Takir, di Pulau Kerengga, Marang serta Paka, Dungun.
Terbaharu tiga lagi bangkai penyu agar ditemukan di tiga lokasi berasingan iaitu dua di Pantai Kijal, Kemaman dan satu di Pantai Kelulut, Marang dalam tempoh tidak sampai 25 jam.
BACA: Tiga penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan di Terengganu
Topic Berkaitan
#penyu
#Ruzaidi Mamat
#pembuangan sampah
#penggunaan pukat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan