Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyarankan supaya keselamatan di sekitar kawasan Bukit Bintang di sini dipertingkatkan bagi mencegah kegiatan kecurian yang dikatakan semakin berleluasa.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya sering kali menerima laporan berkenaan isu tersebut khususnya di kawasan panas yang menjadi tumpuan kegiatan jenayah.
"Saya dapati banyak anggota masyarakat termasuk pelancong asing menjadi mangsa ragut dan rompakan di kawasan Bukit Bintang sehingga menyebabkan kematian. Saya faham ia bukan satu perkara yang mudah untuk ditangani.
"Sehubungan itu, saya akan berbincang dengan Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan serta pihak yang terlibat untuk menangani gejala itu dengan lebih proaktif bagi memastikan keselamatan masyarakat dan pelancong asing lebih terjamin."
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan lawatan kerja ke produk KL Hop-On Hop-Off City Tour di sini, hari ini.
Menurut Nazri sehingga kini terdapat tujuh buah bas KL Hop-On Hop-Off yang merupakan bas lawatan dua tingkat beroperasi selama tujuh hari seminggu ke 46 destinasi dan 23 hentian di sekitar ibu kota.
Diminta mengulas cadangan agar beberapa kawasan di Bukit Bintang ditutup kepada laluan penunggang motosikal bagi mengelakkan kejadian ragut, beliau berkata tidak perlu buat masa kini.
"Namun kementerian akan menempatkan lebih ramai polis dan polis pelancong di tempat tersebut dalam masa terdekat nanti," katanya.
Bernama
Wed Jul 03 2013
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Polis cari lelaki melompat di landasan monorel Bukit Bintang
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.
'Tak pernah dibuat orang' - Poster ah long tawar pinjaman tergantung di KLCC, bertebaran di Bukit Bintang
Apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang
Perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.
Selepas agih ayam secara percuma, geng bertopeng belanja telur sepapan pula!
Ada yang memuji tindakan mereka sehingga memberikan gelaran 'Robin Hood' dan ada juga yang was-was dengan kegiatan yang dilakukan.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
Warga asing jadikan Bukit Bintang pusat sindiket penipuan Forex diserbu
Sindiket penipuan pelaburan dalam talian didalangi warga asing dan tempatan dilumpuhkan dengan tangkapan seramai 49 individu susulan serbuan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, 6 Februari lalu.
Pergaduhan dalam restoran: Lelaki warga asing disiasat mengikut seksyen 507A KK - Polis
Warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.