KUALA LUMPUR: Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis, menurut Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu menjelaskan kajian yang dijangka siap pada awal Januari 2024 itu turut menilai pembangunan infrastruktur, keperluan ruang udara, ekonomi dan strategik projek pembangunan lapangan terbang negara.
"Dalam hubungan ini, cadangan pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis perlu mengambil kira dapatan kajian NASP dan akan hanya dapat dipertimbangkan selepas kajian tersebut dimuktamadkan.
"Ini bagi memastikan pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis adalah komprehensif dan berdaya maju serta mempunyai kebolehupayaan dan pulangan/hasil yang mampan," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Negara bertarikh 30 Nov, 2023 yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.
Kementerian Ekonomi memaklumkan demikian bagi menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris mengenai hasrat kerajaan bagi meneruskan projek Kedah Aerotropolis yang diletakkan di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Kedah Aerotropolis adalah projek inisiatif kerajaan Kedah dan merupakan pembangunan berkonsepkan perbandaran moden melibatkan industri aeroangkasa, menurut Kementerian Ekonomi.
Cadangan pembangunan adalah di atas tanah yang belum pernah dibangunkan seluas 9,841 ekar (3,982.51 hektar) berdekatan kawasan daerah Kuala Muda yang bersempadan dengan daerah Kulim dan Baling.
"Projek tersebut dicadangkan untuk dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (PPP).
"Walau bagaimanapun, terdapat komponen yang perlu ditanggung oleh kerajaan Persekutuan, antaranya pengambilan balik tanah, penyediaan infrastruktur asas dan akses jalan serta operasi menara kawalan trafik dan akan melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
!['Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad' 'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701412106_lapanganterbang.jpg)
Kedah Aerotropolis adalah projek inisiatif kerajaan Kedah dan merupakan pembangunan berkonsepkan perbandaran moden melibatkan industri aeroangkasa, menurut Kementerian Ekonomi.
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702093297_TBKedahAerotropolis.jpg)
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
!['Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad' 'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701412106_lapanganterbang.jpg)
'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.
![Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679288783_AnthonyLoke.jpg)
Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertegas, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.
![Kedah Aerotropolis: Sanusi akan jumpa PM Anwar, terangkan secara terperinci Kedah Aerotropolis: Sanusi akan jumpa PM Anwar, terangkan secara terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672829202_TNMBKEDAH.jpg)
Kedah Aerotropolis: Sanusi akan jumpa PM Anwar, terangkan secara terperinci
Sanusi akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat berhubung projek Kedah Aerotropolis.
![KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637197068_lapanganterbang.jpg)
KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.