SIK:Kegiatan pembalakan di luar kawasan Hutan Simpan Ulu Muda terkawal dan tidak menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi sumber bekalan bagi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemantauan yang dilakukannya mendapati aktiviti pembalakan yang diluluskan itu dilakukan dengan mematuhi peraturan.
"Saya masuk ke kawasan tengah Ulu Muda di (kawasan) hulu. Hulu sungai itu sebenarnya bukan dari Thailand seperti didakwa sesetengah pihak, malah dipisahkan oleh banjaran.
"Terdapat tujuh batang sungai bercantum di Ulu Muda yang akhirnya mengalirkan bekalan air ke Sungai Muda.
"(Kita) pantau macam mana mereka (pembalak) buat tebangan sebab (pembalakan) di kawasan Ulu Muda yang di luar kawasan tadahan (air) yang diwartakan itu, memang sudah diluluskan.
"Saya sebutkan hari itu 25,000 hektar (diluluskan) cuma sekarang ini aktiviti itu dalam proses lesen tebangan... kita hendak tengok bagaimana...
"Tapi sekarang musim hujan, tak ada aktiviti tebangan sebab (balak) tidak boleh dibawa keluar kalau hujan," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian selepas menyertai Program Kayuhan Belia Sejahtera di Pusat Khidmat Rakyat Pas Sungai Pau, Sik, hari ini.
Katanya, pemantauan berkala perlu dilakukan supaya tidak berlaku penebangan melebihi catuan tahunan dan mematuhi zon penampan sejauh empat kilometer bagi menjaga aliran sungai.
Beiau berkata, kawasan yang dibenarkan tebangan juga perlu dipantau kerana spesies pokok yang dilindungi tidak boleh ditebang.
Muhammad Sanusi berkata, beliau sendiri melakukan pemantauan berkenaan bagi memastikan aktiviti pembalakan mematuhi pemit dibenarkan tanpa menjejaskan kawasan tadahan air.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 28 2020
Muhammad Sanusi berkata pemantauan berkala perlu dilakukan supaya tidak berlaku penebangan melebihi catuan tahunan dan mematuhi zon penampan sejauh empat kilometer bagi menjaga aliran sungai. - Gambar/ Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
MB Kedah tolak dakwaan penyusutan air empangan disebabkan pembalakan
Kemarau panjang menjadi penyebab kepada penyusutan air berkenaan selain penyaluran air serentak untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.
Kemelut Tanah Aina: ‘Saya dilayan seperti musuh kerajaan negeri’ - Shariffa Sabrina
Shariffa Sabrina mendakwa, ia sebahagian balasan ke atas kenyataan beliau dahulu, yang mengkritik projek pembalakan di kawasan itu.
Orang Asli Lojing buat laporan polis dakwa penerokaan tanah berleluasa
30 Orang Asli dari tiga penempatan di sini membuat laporan polis, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah berdekatan penempatan mereka, yang dikatakan semakin berleluasa sejak tiga bulan lepas.
Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.
Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.
Saman RM60 juta: "Cubaan untuk menghalang pendedahan saya" - Husam Musa
"Insya-Allah saya bertanggung jawab di atas dakwaan dan pertanyaan saya berkaitan kes kecurian balak di kompartmen terbabit." - Husam Musa
Syarikat pembalakan, pemilik fail saman RM60 juta terhadap Husam
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta di atas dakwaan berbaur fitnah berkaitan isu pembalakan di hutan simpan kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.
Isu pembalakan: NGO dakwa lebih 600,000 ekar hutan diteroka
Anggaran keluasan penerokaan itu diperolehi hasil semakan selain pemantauan melalui imej satelit, dron serta peranti lain.
Kelantan batal kontrak, tender semula 12,000 hektar projek ladang hutan
Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.