awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah bakal lancar program pemulihan dadah berasaskan komuniti

Bernama
Bernama
07/08/2023
15:45 MYT
Kedah bakal lancar program pemulihan dadah berasaskan komuniti
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah program tersebut dijangka dilancarkan pada Oktober atau November ini. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Kedah bakal memperkenalkan program perintis transformasi pemulihan dadah berasaskan komuniti menerusi kaedah pemulihan holistik dan mengintegrasikan semula bekas penagih ke dalam masyarakat.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Tuanku Sultan Kedah hari ini, idea program tersebut dicetuskan oleh Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah program itu bakal memberikan tumpuan kepada penyediaan pelan rawatan yang sesuai untuk individu terjejas dan ia dilihat berupaya mengubah landskap program pemulihan dadah di negeri ini.
"Tujuannya adalah untuk membantu penagih dadah mengatasi ketagihan dengan program dan kaedah rawatan yang sesuai. Selain itu, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling juga akan mendapat sokongan moral dan kesedaran bagi memudahkan proses pengintegrasian semula bekas penagih ini.
"Saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan menjadi contoh untuk inisiatif yang sama pada masa hadapan," titah baginda ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan yang pertama, semalam.
Dalam mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan yang terdiri daripada profesional pelbagai disiplin termasuk wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut terlibat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKM Kedah) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) selain beberapa universiti, pihak berkuasa tempatan serta badan bukan kerajaan.
Tengku Sarafudin Badlishah bertitah program tersebut dijangka dilancarkan pada Oktober atau November ini dan jawatankuasa kerja mempunyai masa kira-kira sebulan untuk merangka dan membentangkan pengisian program pada September.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#program pemulihan dadah
#komuniti
#Pejabat Tuanku Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan