ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1 berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehubungan itu semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.
"Pihak swasta dan juga badan-badan sukarela yang mahu membantu akan diberikan latihan mencukupi di bawah penyelarasan MKN," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Tiga maut, empat masih hilang
BACA: Bencana Gunung Jerai: Tiga maut, tiga lagi masih hilang di Yan
Arahan MKN No. 20 merujuk mengenai dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana.
Pengurusan dan pengendalian kejadian bencana di kawasan yang dikategorikan sebagai Tahap 1 ditangani oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan bencana di peringkat daerah, sama ada tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan keadaan dan kehidupan penduduk terjejas akibat banjir yang berlaku ekoran fenomena kepala air di kawasan sekitar Gunung Jerai, petang semalam.
"Meskipun kita sedang bergelut dengan musibah, saya ingin mengingatkan orang ramai terutama mereka yang terbabit, para petugas kerajaan dan juga sukarelawan yang turun membantu di lapangan agar sentiasa menjaga diri kerana ancaman COVID-19 masih berlegar di persekitaran kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan keadaan dan kehidupan penduduk terjejas akibat banjir yang berlaku. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.
Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.
281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.
Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Semua agensi pengurusan bencana disalur maklumat lengkap - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sentiasa menyalurkan maklumat lengkap mengenai cuaca dalam negara untuk dijadikan panduan tindak balas bencana kepada semua agensi pengurusan bencana.
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Kedah meningkat
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 11 PPS meningkat kepada 1,191 orang malam ini berbanding 1,170 petang tadi.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.