ALOR SETAR: Polis dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan beberapa kes penjualan sijil vaksinasi palsu membabitkan doktor di negeri ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang memaklumkan, kes itu kini sedang dalam siasatan.
“Kes ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JKN Kedah. Jumlah sijil vaksinasi palsu yang sudah dijual pun kita tak boleh dedahkan tetapi ia tidak terlalu banyak.
"Kita juga masih siasat sama ada kes ini ada kaitan dengan kes pembelian sijil vaksinasi palsu di Terengganu... berkemungkinan ada ada kaitan, kita sedang menunggu polis siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada 8 Januari, polis menahan seorang doktor sebuah klinik swasta selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu di Marang, Terengganu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dilapor berkata, doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama JKN Terengganu selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan terbabit.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 19 2022
Kes berkenaan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan serbuan polis di Terengganu. - Gambar fail/ Bernama
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah
Perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mendapatkan laporan lengkap dalam tempoh terdekat.
25 individu termasuk tiga doktor ditahan kes jual sijil vaksin palsu - Polis
Penahanan membabitkan tiga doktor, tiga jururawat, 11 orang awam, tujuh ejen dan seorang staf klinik.
Jual sijil COVID-19 palsu, Sultan Selangor zahir dukacita
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan aktiviti menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang ramai.
Kedah kesan kes penjualan sijil vaksin COVID-19 palsu
Polis dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan beberapa kes penjualan sijil vaksinasi palsu membabitkan doktor di negeri ini.
Poliklinik diserbu, tujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu
Polis turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam aplikasi MySejahtera.
Klinik swasta jual sijil vaksin COVID-19 palsu diserbu
Kegiatan yang didalangi individu warga tempatan termasuk seorang pengamal perubatan itu turut dikesan memfokuskan pelanggan yang terdiri daripada golongan anti vaksin.
Sijil vaksin palsu: Doktor swasta dan enam individu dibebaskan dengan jaminan polis
Ia berikutan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek berakhir hari ini.
Sijil vaksin palsu: Doktor direman lagi berhubung kes penipuan
Majistret membenarkan lelaki berusia 51 tahun itu direman sehingga esok bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sijil vaksin palsu: Doktor dijangka bebas dengan jaminan polis esok
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.
Operasi, risikan dipergiat kesan sindiket sijil vaksin palsu di seluruh negara - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiat operasi dan pemantauan secara menyeluruh dalam mengesan pihak disyaki terlibat dengan sindiket penjualan sijil vaksinasi palsu di seluruh negara.