awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

Bernama
Bernama
13/12/2019
22:31 MYT
Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja
Tandatangan yang tertera di dokumen watikah berkenaan bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah. - Foto Sinar Harian
Kerajaan negeri Kedah pada Jumaat memaklumkan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan sebarang watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) kepada mana-mana individu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata kerajaan negeri telah menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat dokumen berbentuk watikah yang turut tertera tandatangan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Aduan yang diterima menyatakan bahawa watikah yang diberikan kepada beberapa individu itu mempunyai tandatangan Sultan Kedah. Kerajaan negeri tidak pernah mengetahui atau mengiktiraf Warisan Kerabat DiRaja Kedah berkenaan.
"Jadi, tandatangan Sultan Kedah yang terdapat di dalam watikah itu bukan tandatangan sebenar Tuanku Sultan dan logo peribadi dan cop mohor yang digunakan juga adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan.
Ammar berkata satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kes ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Kehormat DiRaja
#cop mohor
#dokumen
#Kedah
#kerajaan negeri
#laporan polis
#logo peribadi
#Sallehuddin Sultan Badlishah
#setiausaha kerajaan negeri
#Shaikh Mahmood Naim
#Sultan Kedah
#tandatangan
#Warisan Kerabat DiRaja Kedah
#watikah
#watikah kurniaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan