Polis kedah akan memberikan tumpuan khusus kepada beberapa kawasan panas di negeri itu selepas hari penamaan calon yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, beberapa kawasan panas itu sudah dikenalpasti berdasarkan kes-kes yang diterima berkenaan pilihan raya seperti membuang bendera dan mencetuskan kekecohan.
Ujarnya, beberapa petunjuk yang ada akan digunakan sepenuhnya oleh pihak polis untuk menumpukan perhatian dan menambah bilangan anggota di kawasan berkenaan.
“Bila penamaan calon esok, kita boleh tahu dimana hotspot yang kita perlu tumpukan bagi mengelakkan provokasi dan kejadian mencabut bendera parti dan seumpamanya di kalangan penyokong,” kata Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tadika Perpaduan Roziah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.
Sementara itu, Ahmad Ibrahim tidak mendedahkan jumlah keseluruhan laporan berkaitan PRU-13 namun berjanji akan menyiasat semua kes khianat yang diterima seperti membuang bendera dan lain-lain.
Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengingatkan ahli-ahli politik agar tidak mengadakan sebarang ceramah tanpa kelulusan dan permit dari pihak polis.
Astro Awani
Sun Apr 14 2013
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Teman lelaki Noorsyafikah diburu polis untuk bantu siasatan kematiannya
Polis sedang giat memburu seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki Noorsyafikah Nadia Abdullah.
Kedah tambah anggota polis sempena PRU-13
Polis kedah akan memberikan tumpuan khusus kepada beberapa kawasan panas di negeri itu selepas hari penamaan calon pada Sabtu ini.
Penyokong parti diingatkan tidak berbuat khianat
Polis Kedah mengingatkan penyokong semua parti supaya tidak melakukan perbuatan khianat yang boleh mencetuskan ketegangan pada PRU-13.