awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai aksesori kereta terbakar, tujuh motosikal musnah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2025
04:22 MYT
Kedai aksesori kereta terbakar, tujuh motosikal musnah
Kebakaran di kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh memusnahkan 50% premis dan tujuh motosikal. -Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Ringkasan AI
  • Kebakaran di kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh memusnahkan 50% premis dan tujuh motosikal.
  • Tiada mangsa dilaporkan, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.
  • Operasi pemadaman melibatkan 19 anggota dan beberapa jentera bomba, api berjaya dikawal dalam masa 14 minit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Wan Azri Wan Adannan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 malam sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba tujuh minit kemudian, kebakaran dikesan melibatkan sebuah kedai aksesori kereta jenis struktur kekal berkeluasan 4.64x6.50x0.83 meter persegi (50x70x9 kaki persegi).
"Kejadian itu telah memusnahkan 50 peratus daripada keseluruhan premis,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan api berjaya dikawal pada jam 11.27 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 11.57 malam.
Pada masa sama, Wan Azri memaklumkan, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Tambahnya, seramai 19 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan, Perawatan, Penyelamatan, Kecemasan (EMRS) dan dua Rapid Intervention Motorcycle (RIM) terlibat dalam operasi tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kedai aksesori
#Taman Kebun Teh
#motosikal
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan