awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai gunting rambut, pembuat barang kemas masih kurang pekerja - Ramanan

Bernama
Bernama
20/01/2024
23:40 MYT
Kedai gunting rambut, pembuat barang kemas masih kurang pekerja - Ramanan
Ramanan berkata KUSKOP akan meminta penerangan daripada Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong mengenai isu itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas di negara ini antara sektor yang mengalami kekurangan pekerja, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tidak akan membuat sebarang pengumuman bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, sebaliknya akan meminta penerangan daripada Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong mengenai isu itu.
"Sudah tentu, saya telah melalui pegawai kami menghubungi pegawai sedia ada di Kementerian Sumber Manusia dan mereka telah memaklumkan masih ada 5,000 daripada kuota yang diumumkan masih belum dipenuhi, masih lagi kosong," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Festival Ponggal dan Pelancaran Program Keusahawanan Wanita (WES) anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI) di sini pada Sabtu, apabila perkara tersebut dibangkitkan MAICCI.
Pada September lepas, Jemaah Menteri bersetuju membuka sebanyak 7,500 kuota bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, pekerja tekstil dan tukang emas.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuka semula pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan berkenaan yang dibekukan sejak 2009.
Sementara itu, Ramanan juga memaklumkan kepada pihak WES, yang mewakili usahawan wanita pelbagai latar belakang perniagaan, supaya tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program dan inisiatif dilaksanakan KUSKOP khasnya untuk golongan wanita.
Menurutnya ia termasuk Program Pemerkasaan Usahawan Wanita (PUAN), Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI), UDA Bizznita, TEKUNNita, serta 'Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent' (SWEET).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai gunting rambut
#pembuat barang kemas
#kurang pekerja
#r ramanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan